Selasa, 17 Jun 2014

Loghat daerah Jerantut


Memandangkan Daerah Jerantut adalah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang dan yang paling hujung dunia Pahang maka terdapat banyak loghat daerah mengikut sesuatu kawasan. Di sebelah perkampungan Kampung Baru sehinggalah ke perkampungan Ulu Cheka loghatnya adalah sama dengan sebelah Kuala Lipis yang agak meleret dan perlahan tetapi di sebelah Kuala Tembeling sehinggalah ke perkampungan Kampung Bantal di Ulu Tembeling merangkumi Kuala Tahan / Taman Negara loghatnya sudah berbeza yang lebih laju pertuturannya dan agak sukar untuk difahami. 


JerantutJerantut

Berikut merupakan contoh loghat daerah Jerantut
PERKATAAN = MAKNANYA
  1. Keh / Kaweh = Saya / aku
  2. Awok / Di = Awak
  3. Pedo'oh / Bobok = Tipu / Bohong
  4. Pepalih = Terlebih / terlalu
  5. Habat = Pengotor
  6. Mat nya = Kenapa nya
  7. Kek nya = Tetapi
  8. Berambi = Senonoh / berhati-hati
  9. Berlimbor = Jalan berdua-dua / jalan bersebelahan
  10. Kerayai = Takut / cemas / bimbang
  11. Rodong = Kawan / teman
  12. Linyar = Permukaan yang licin
  13. Hampuras/Hampas = Tak berguna langsung
  14. Meretoh = Tidur
  15. Gampang = Kata makian / kata cacian
  16. Garas = Perihal mencuci dengan menggunakan berus
  17. Pungkor/Reba = Semak-samun / juga digunakan untuk menggantikan perkataan bohong / tipu
  18. Pandir = Bodoh
  19. Berjejet = Peluh yang mencurah-curah / basah kuyup
  20. Gedik = Ditujukan kepada perempuan yang gatal
  21. Mantol = Pening-pening
  22. Pepoh = Pukul,hentam
  23. Tutuh = Perbuatan mencantas dahan, dan juga "biarkan"
  24. mentekedaghoh = makan
  25. deme = korang
  26. sapai = habis
  27. hamlor = riang
  28. ghobe = terlalu/teruk
  29. nyonyeh = basah lenjut
  30. lodek = lumpur
  31. konyo = riak wajah
  32. lantak = biar
  33. lopok = bekas untuk menyimpan sesuatu cth. lopok pensil
  34. wokme = korang
Jerantut sinonim dengan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau ( Mat Siam ). begitu juga dengan kewujudan Pawang DiRaja Istana Pahang iaitu Pawang Nong di Kampung Ulu Cheka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih