Khamis, 19 Jun 2014

Zikir selepas Solat


Pengertian dari segi bahasa:
Zikr ialah melepaskan diri daripada lalai dan lupa dengan menghadirkan hati atau sedar secara berterusan. Sifat .lupa
(Arab : Nisianmerupakan kata dasar bahasa insan (manusia). 
Pengertian dari segi istilah:
Zikr menyebut nama sesuatu dengan hati dan lisan,baik menyebut nama Allah atau sifatNya atau
hukumNya atau perbuatanNya atau menyebut nama para rasulNya, para nabiNya atau berbuat amal
kebajikan seperti membaca Al-Quran, bertasbih, memberi nasihat dan sebagainya. Zikr juga
membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah yang mulia

Firman Allah s.w.t. Berkenaan Zikir:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya; (al-Ahzaab (33): 41)


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
 الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda
tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu)
orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa
mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia,
Mahasuci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka(Ali Imran (3): 190-191)




ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia(ar-Ra’d (13): 28)


Sebahagian Hadis Nabi s.a.w. Berkenaan Amalan Zikir:

Maksudnya:
"Bandingan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dan orang-orang yang tidak berzikir mengingati Tuhannya seperti orang yang hidup dengan orang yang mati." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Hadis No.: 6407)
Maksud Hadis Qudsi:
 "Sesiapa yang berzikir mengingati diri-KU dalam dirinya, AKU akan mengingatinya dalam diri-KU. Sesiapa yang berzikir mengingati-KU dalam kelompok ramai manusia, AKU mengingatinya dalam kelompok makhluk yang lebih baik daripada mereka." (Sahih Bukhari, Hadis No.: 7405, Sahih Muslim, Hadis No.: 2675)

UNGKAPAN PARA SOLIHIN DAN ULAMA TERHADAP AMALAN BERZIKIR

         Abu al-Hasan al-Basri berkata, “Hamba yang paling di disukai Allah ialah, hamba yang paling banyak berzikir dan hamba yang paling taqwa hatinya.
         Al-Samarqandi berkata, “Ketahuilah bahawa zikrullah itu adalah antara ibadat yang paling afdal. Hal ini kerana Allah menjadi setiap ibadat itu ada kadar-kadarnya dan menentukan masa yang tertentu untuknya. Sebaliknya Allah tidak menghadkan zikrullah itu kadar yang tertentu dan masa yang tertentu, bahkan Allah memerintahkan supaya diperbanyakan tanpa kadar yang tertentu.

MANFAAT BERZIKIR
Berzikir mendatangkan rasa senang di dalam hati seseorang hamba Allah
Berzikir meningkatkan takarub kepada Allah
Berzikir memberi makan kepada hati dan roh
Berzikir membangunkan hati daripada lalai
Berzikir menyebabkan turunnya ketenangan dan rahmat
Zikir membawa kepada pensucian diri dan qalb, mendekatkan diri kepada Allah,
membentuk semangat persaudaraan Islam, membersihkan dosa, mengikis sifat cela dan
membina sifat terpuji.



ZIKIR-ZIKIR SELEPAS SOLAT:

Hadis Satu:

Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. apabila selesai bersolat, baginda beristighfar tiga kali, kemudian menyebut:

(Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah yang memiliki Kesejahteraan, dan daripada-Mu asalnya kesejahteraan itu, segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."

al-Walid kemudiannya bertanya kepada al-Auzai, bagaimana cara beristighfar yang dimaksudkan? al-Auzai menjawab:


(dengan mengucapkan): Astaghfirullah (3 kali) - (Maksudnya: aku mohon ampun kepada Allah). (Sahih Muslim, Hadis No.: 591, Hadis Riwayat Ahmad, Hadis No.: 26021 )

Hadis Dua:

Abdullah ibnu al-Zubair r.a. berzikir sesudah selesai solat (dan beliau berkata, hal ini dilakukan juga oleh Rasulullah s.a.w.):
(Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Tunggal tiada sekutu bagin-NYA, bagi-NYA lah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Tiada daya mahupun tenaga kecuali dengan Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah, dan tiada yang berhak disembah melainkan Allah. tuhan empunya kurnia, empunya keutamaan serta puji yang sebaik-baiknya. Tiada Tuhan melainkan Allah, kami bulatkan pengabdian kepada-NYA semata-mata walaupun tidak disukai oleh orang-orang kafir). (Sahih Muslim, Hadis No.: 594)
                                           
Hadis Tiga:

Mughirah bin Syu'bah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. setiap kali selesai solat berzikir:
(Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Tunggal tiada sekutu bagi-NYA, bagi-NYA lah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Ya Allah, tiadalah yang dapat menahan apa-apa yang Engkau berikan, tiadalah pula yang dapat memberikan apa-apa yang Engkau tahan, dan tiadalah bermanfaat kepada orang yang mempunyai kebesaran-kebsarannya itu). (Sahih Bukhari, Hadis no.: 7292)

Hadis Empat:

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut sepuluh kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:
(Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan allah yang tunggal tiada sekutu bagi-NYA, bagi-NYA lah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-NYA kebaikan, Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu).



Maka dicatatlah ganjaran untuk setiap kali bacaan sepuluh pahala, dihapuskan sepuluh buah dosa, dinaikkan darjatnya sepuluh tingkat dan di samping itu menjadi pelindung bagi segala bahaya, dan penolak syaitan terkutuk, dan tak satu dosa pun yang akan dapat mencelakakannya kecuali jika syirik. Maka dia adalah orang yang terbaik amalannya, tidak ada yang melebihinya kecuali orang yang lebih utama iaitu yang mengucapkan yang lebih baik pula." (Hadis Hasan: Musnad ahmad, Hadis No.: 17990, jld. 4, hal. 227)



Hadis Lima:

Muslim bin al-Harits al-Tamimi r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. mengajarnya untuk membaca zikir berikut tujuh kali sesudah solat Subuh, sebelum berbicara dengan sesiapa:
(Maksudnya: Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka), dan tujuh kali sesudah solat maghrib:
(Maksudnya: Ya Allah, aku memohon dimasukkan ke syurga, Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka.)

Sesiapa yang membaca zikir ini kemudian secara kebetulan meninggal dunia pada hari tersebut, nescaya Allah akan melindunginya daripada api neraka. (Musnad Ahmad, Hadis No.: 18054, jld.4, hal. 234)


Hadis Enam:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa membaca ayat al-Kursi (ayat 255, Surah al-Baqarah) setiap kali selesai solat, maka tidak ada yang akan menghalanginya masuk syurga kecuali maut." (Hadis Sahih Riwayat an-Nasai'e, Sunan al-Kubra, Hadis No.: 9928, disahihkan oleh al-Suyuthi di dalam al-Jami' al-Shagheir, Hadis No.: 8926)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah (2): 255)


Hadis Tujuh:

Dari 'Uqbah bin 'Amir, dia berkata: "Saya diperintah oleh Rasulullah s.a.w. agar membaca surah-surah al-Mu'awwidzat* setiap kali selesai solat. (Hadis sahih, Musnad ahmad, Hadis No.: 17417, jld. 4, hal. 155, dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arna'uth)

* Surah al-Mu'awwidzat adalah surah al-Ikhlas (112), surah al-Falaq (113), dan surah al-Nas (114).



p/s:
Adalah dipercayai dalam konteks Tanah Melayu, wirid-wirid yang diamalkan selepas
sembahyang lima waktu telah dibawa oleh golongan ahli tasawwuf secara umumnya,
namun susunan yang ada kemungkinan berbeza antara satu sama lain. Banyak kitab
kitab agama yang ditulis olehulama’-ulamaMelayu dalam tulisan Jawi mengandungi
wirid-wirid selepas sembahyang lima waktu, termasuklah kitab عمدة المحتاجين إلى
سلوك مسلك المفردين  karangan al-ShaykhAbd al-Rauf Singkel dan kitab المفردين
تنبيهالمشي المنسوب إلى طريق القشاشي  juga karangan al- ShaykhAbd al-Rauf
Singkel. Dalam kedua-dua kitab ini al-ShaykhAbd al-Rauf Singkel telah menuliskan
wirid-wirid selepas sembahyang yang diambil daripada gurunya al-Shaykh Ahmad
al-Qushashi yang kemudian dikenali sebagai al-Awrad al-Madaniyyah atau al-Awrad
al-Qushashiyyah.”

Antara amalan yang disusun dan diamalkan beratus-ratus tahun di Nusantara ialah wirid
selepas sembahyang yang juga dikenali sebagai al-Awrad al-Qushshashi. Ianya disusun
oleh Sheikh Muhammad bin Yusuf bin Ahmad bin Ali al-Badri al-Dajani al-Qushshashi.

-- Nota ini disediakan oleh patik semasa semester 3. Sewaktu belajar Fiqh Ibadat
bersama Ustaz Wan Yusuf Bin Wan Sulong.




1 ulasan:

  1. Hard Rock Hotel & Casino Detroit (Detroit, MI) - Dr.MCD
    Located in downtown Detroit, Hard Rock Hotel & 과천 출장안마 Casino Detroit is the premier 계룡 출장안마 gaming destination 오산 출장마사지 in the heart of the Detroit 경상북도 출장샵 metropolitan 양산 출장안마 area.

    BalasPadam

Terima Kasih