Rabu, 29 Mei 2013

Apa itu Hadith Maudhu' (Palsu)?

Istilah Hadith Maudhu’ adalah berasal daripada dua perkataan di dalam bahasa Arab iaitu perkataan al-Hadith dan perkataan al-Maudhu’. Al-Hadith dari segi bahasa mempunyai beberapa pengertian seperti al-hadith dengan erti baharu (al-jadid) dan al-hadith dengan erti cerita (al-khabar).[1]
         
Dari sudut pengertian syarak pula hadith membawa erti setiap apa yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w sama ada perkataan, perbuatan, taqrir, sifat akhlaq dan sifat semulajadi. Pengertian ini sama dengan pengertian yang dibuat oleh ulama hadith terhadap al-Khabar dan al-Athar.[2] Sebahagian ulama hadith pula mendefinisikan al-Hadith sama erti dengan al-Sunnah.[3] Hal ini boleh dilihat dengan apa yang disebutkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani yang mengatakan keempat-empat perkataan ini membawa maksud yang sama (walaupun tidak dipersepakati oleh semua ulama’). Walaubagaimanapun, beliau menambah dalam definisi beliau “sesuatu yang disandarkan kepada Nabi atau sahabat atau tabiin.....”.[4]

Manakala, perkataan al-Maudhu’ pula, dari sudut bahasa berasal daripada perkataan wadha’a – yadha’u – wadh’an wa maudhu’an – yang mengandungi beberapa pengertian antaranya telah menggugurkan, menghinakan, mengurangkan, melahirkan, merendahkan, mencipta, menanggalkan, menurunkan dan lain-lain lagi.[5]  Walaubagaimanapun, erti yang paling sesuai untuk dipadankan dengan perkataan al-Hadith bagi menghasilkan makna yang dikehendaki di dalam perbincangan Hadith ialah makna ‘telah mencipta’. Oleh itu Maudhu’ (di atas neraca isim maf’ul – benda yang kena buat) akan membawa erti dicipta atau direka.

Oleh itu, berdasarkan pengertian al-Hadith dan al-Maudhu’ ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa definisi Hadith Maudhu’ adalah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada perbuatannya, perkataannya, taqrirnya, sifat akhlaqnya atau sifat semulajadinya, secara rekaan atau dusta semata-mata. Di dalam penggunaan masyarakat Islam di negara kita, hadith maudhu’ disebut juga dengan nama hadith palsu.

Di dalam definisi yang lebih tepat lagi ulama hadith mendefinisikannya sebagai apa-apa yang tidak pernah keluar daripada Nabi s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan atau taqrir, tetapi disandarkan kepada baginda s.a.w sama ada secara sengaja atau tersalah, jahil atau memperdaya.[6]

Penulis juga berpendapat bahawa termasuk juga dalam kategori hadith maudhu’ ialah dakwaan-dakwaan sesetengah golongan tariqat bahawa silsilah tariqat mereka adalah daripada Nabi Muhammad s.a.w padahal perkara tersebut tidak dapat mereka buktikan walaupun berdasarkan hadith-hadith daif. Maka, ini juga boleh digolongkan sebagai hadith maudhu’. Ini berdasarkan definisi hadith maudhu’ yang lain di mana setengah ulama hadith mendefinisikannya sebagai pembohongan yang dicipta dan disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.[7]

Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain seperti dakwaan keturunan Nabi Muhammad s.a.w, dakwaan berjumpa Nabi Muhammad s.a.w di dalam mimpi atau jaga dan sebagainya, yang mana dikaitkan dengan diri Nabi s.a.w secara dusta, semua ini –mengikut pendapat penulis- boleh dikategorikan sebagai hadith maudhu’.

Menamakan hadith yang palsu itu dengan perkataan hadith adalah tidak menjadi suatu kesalahan kerana beberapa sebab. Antaranya ialah kerana mengambil kira kepada maksudnya dari sudut bahasa. Ia juga berdasarkan kepada semata-mata dakwaan pereka hadith tersebut dan keadaan hadith tersebut sebelum ia didedahkan kepada umum bahawa ianya adalah palsu. Oleh itu, mengikut istilah sebenar, hadith maudhu’ bukanlah boleh dikelaskan dalam mana-mana kategori hadith walaupun hadith yang dhaif.[8]



[1] Ijaj al-Khatib, Usul al-Hadith ‘Ulumuhu wa Mustalahuhu, h. 26-27
[2] Al-Syaikh Jamaluddin al-Qasimi, Qawaid al-Tahdith, h. 61
[3] Abdul Fatah Abu Ghuddah, Lamhat Min Tarikh al-Sunnah wa ‘Ulum al-Hadith, h. 27
[4] Ahmad bin Hajar al-Asqalani, Syarh Nukhbah al-Fikar, h.  ن .
[5] Al-Duktur Ibrahim Anis, et. al, al-Mu’jam al-Wasit, h. 1039
[6] Abdul Fatah Abu Ghudah, op. cit,h. 41
[7] Mahmud al-Tahhan, Taisir Mustalah Hadith, h. 89
[8]  Ibid, h. 89; Abdul Fatah Abu Ghudah, op.cit, h. 41

6 Pesanan Imam Al-Ghazali kepada Muridnya

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya... 


1 - Pertama"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".



Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.



Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.



"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )



2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"



Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu



Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.




3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga"Apa yang paling besar di dunia ini?"



Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"



Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .



"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )



Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .




4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" 



Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"



"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )



Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.




5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".



Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.




6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".



Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahualam...^_^


Rabu, 15 Mei 2013

Hari Guru

Perutusan Khas oleh YAB Dato' Hj Ahmad Hj Yakob, Menteri Besar Kelantan Sempena Hari Guru Tahun 2013.

Selamat HARI Guru
Kabinet Baharu Malaysia 2013


Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan 2: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
(3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : DATUK FADILLLAH YUSOF (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI SUBRAMANIAM (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)






Jumaat, 10 Mei 2013

Pemudah Cara untuk Menghafaz Al-Quran

Sukalah untuk saya selitkan di sini beberapa tips yang mungkin dapat membantu para pembaca untuk menghafaz al-Quran. Sesungguhnya al-Quran bukanlah sepertimana buku-buku biasa yang kita baca setiap hari. Namun ia adalah sebuah kitab agung yang terkandung di dalamnya kalam-kalam suci Allah. Kerana itu, menyentuhnya bukan seperti menyentuh kitab-kitab lain dan membacanya bukan seperti membaca kitab-kitab lain.

Ada adab-adab yang perlu dijaga bagi menunjukkan kehormatan dan kesuciannya.

 1. Berwudhu’
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat
4. Ikhlaskan niat kerana Allah.
5. Mulakan dengan isti’azah dan basmalah.
6. Baca dengan tenang sambil mentadabbur ayat-ayatnya.
7. Elakkan daripada bercakap-cakap perkara lain ketika masih belum menamatkan bacaan.
8. Jika menggunakan mashaf kecil mahupun besar, pastikan ianya di letakkan lebih tinggi daripada kaki. Sebaiknya peganglah dengan tangan kanan.

 Berikut dijelaskan pula beberapa tips mudah untuk menghafaz al-Quran:
 1. Ikhlaskan niat kerana Allah SWT.Berwudhuk dan menghadap kiblat.Mulakan dengan doa
 2. Tetapkan sasaran bilangan ayat yang ingin dihafaz pada hari tersebut.
3. Baca kesemua ayat yang ingin dihafaz pada hari tersebut sekali lalu.
4. Baca ayat yang pertama dengan melihat mashaf sebanyak 40 kali.
5. Beralih ke ayat yang kedua dengan menggunakan kaedah yang sama.
6. Ulang ayat pertama dan kedua sebanyak 5 kali.
7. Beralih ke ayat yang ketiga dengan membacanya sebanyak 40 kali.
8. Ulang ayat pertama, kedua dan ketiga sebanyak 5 kali.
9. Beralih ke ayat yang keempat dan gunakan kaedah yang sama sehingga selesai.
10. Akhiri dengan doa penutup: 11.Jauhkan perkara-perkara yang boleh merosakkan hafazan.




Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-

Sebelum Peperiksaan :

  • Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
  • Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti. 
  • Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
  • Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
  • Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
  • Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
  • Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
  • Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
  • Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
  • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja)selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
  • Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Khamis, 9 Mei 2013

unit peperiksaan: JADUAL PEPERIKSAAN MEI 2013

unit peperiksaan: JADUAL PEPERIKSAAN MEI 2013: JWPEP MEI 2013 -pelajar.xls by falawangi72

Merenunglah dan Bersyukurlah..

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada diri kita ini. Hal ini demikian kerana,nikmanya meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air serta banyak lagi yang mana tidak dapat kita hitung nilainya itu. Perkara ini telah termaktub di dalam Al-Quran; surah ibrahim ayat: 34:
 وإن تعدوا نعمت الله لا تخصوها.....
 Maksudnya: sekiranya kalian menghitung nikamt Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungya....

Demikian itu, begitu besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada diri kita ini. Jadi, mengapa kita masih lagi terlalu bongkak dan sombong kepada Allah s.w.t. Sanggup kita meninggalkan perintah Allah semata-mata mengejar kemewahan dunia??? Dimanakah silapnya ini??? Adakah didikan serta tarbiah kita semasa kecil tidak mencukupi??? Marilah sahabat-sahabat, kita menginsafi serta memuhasabah diri kita ini..  Sejauh mana kita berlari mengejar kenikmatan dunia ini semestinya tidak mencukupi... Hal ini kerana, terdapat nafsu dalam diri kita ini yang sentiasa mengajak kita kearah kejahatan..Oleh sebab itu, ketakwaan serta kepatuhan kita kepada Allah sahaja yang dapat menundukan hawa nafsu kita ini...Ya Allah... Bimbinglah kami Ya Allah..

Rabu, 8 Mei 2013

JADILAH LELAKI SEPERTI INI



Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat  jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
                    
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Renungan Pembukaan


"Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap"