Khamis, 19 Jun 2014

Kita Semua dan Ramadhan part 1



bahang ramadhan kian terasa
saat syaaban menampil diri
dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan

ramadhan bakal datang
menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh pada
yang maha khalik

ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir

syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di tempuhi

persoalannya, siapakah Ramadhan? lelaki atau perempuan. adakah dia bernyawa? adakah dia nama manusia? atau hanya khayalan semata-mata. Nyahkan segala persoalan yang merepek diatas kerana Ramadhan itu benar-benar wujud tetapi dalam keadaan satu Bulan yang penuh dinantikan kita semua.

Ramadhan adalah salah satu daripada bulan-bulan Islam yang terdapat dalam kalendar Hijjriah. Kedudukan bulan Ramadhan berada pada nombor ke-9 dalam bulan Islam. Sebelumnya terdapat bulan Rejab dan Sya'ban manakala selepasnya ada bulan Syawal. Bulan Ramadhan adalah amat istimewa bagi orang Islam khususnya umat Nabi Muhammad S.AW. Kerana didalamnya terdapat banyak manfaat dan pahala yang menimbun bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah. Bulan ini dianggap istimewa kerana tidak terdapat bagi mana-mana umat nabi terdahulu yang menikmati hadiah yang begitu istimewa daripada Allah kepada hambanya. Ramadhan yang dinantikan kita semua semakin kunjung tiba.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengucapkan ''Marhaban Ya Ramadhan". Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu disambut dan diterima dengan lapang dada dan penuh kegembiraan. "Marhaban Ya Ramadhan" (selamat datang Ramadhan) mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan keluhan. Road to Ramadhan!!! ( sedangkan road to RIO Fifa World Cup Brazil kita boleh kira bahkan sanggup tunggu apatah lagi road untuk Bulan yang Mulia, Ayuh nantikan Ramdhan dengan penuh dengan perasaan teruja yang tinggi wahai kita semua )

Bagi kita semua, amatlah wajar untuk kita membuat persediaan awal sebelum tibanya saat Ramadhan itu muncul. Agar Ramadhan yang kita cari dapat kita semua sempurnakan dengan sehabis baik yang mungkin.

gambar menunjukkan 10 persediaan asas sebelum menghadapai bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.


Untuk sampai pada bulan Ramadhan, tentu diperlukan bekalan yang mencukupi. Bekalan itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa kita. Melangkah masuk gerbang puasa, bererti memasuki gerbang pertapaan dan latihan. Oleh itu, sudah semestinya sebelum melangkahkan kaki kita perlu menyiapkan diri serta menyediakan bekalan yang perlu. Bekalan serta latihan yang  perlu disediakan ialah: 

1. Mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa, agar apabila kita memasuki dan menjalani ibadah puasa itu dengan pengetahuan yang diperbaharui dengan mempunyai pedoman yang baik dan petunjuk yang
sempurna.

2. Memperlihatkan kegembiraaan dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa, sebagaimana dilalui Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.

3. Memperbanyakkan doa semoga Allah memberikan tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah mentaufikkan kita supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas, jauh daripada perasaan ria, ujud, sumah dan segala penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

Petikan daripada (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).
Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. 



Perintah puasa adalah satu perintah yang besar dan bermakna. Ia digolongkan dala 5 perkara dalam Rukun Islam yang menjadi tunjang kepada umat Islam. Ia berdasarkan kepada hadis dibawah :

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: بُنِيَ الإِسْلامُ عَلى خَمْسٍ: شَهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَإِقامِ الصَّلاةِ وَإِيتاءَ الزَّكاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Hadis Ibn ‘Umar katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Islam dibina di atas lima perkara, menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah s.w.t. dan Muhammad s.a.w pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan puasa Ramadan.
(al-Bukhari, no: 8, 4514, Muslim)


Hadis diatas menunjukkan betapa tingginya martabat bulan Ramadhan. digandingkan dengan ibadat yang lain seperti solat, haji,zakat, mengucap dua kalimah syahadah. Andai kita tidak berpuasa maka tidak cukuplah jumlah 5 rukun Islam yang kita wajib patuhi selama mana kita menjadi hamba pada Ilahi.

Kenapa bulan Ramadhan itu mulia berbanding bulan-bulan lain?

1. Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkan al-Quran. Firman Allah :
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran. ( Surah Al-Baqarah ayat 185 )
2. Terdapat malam Lailatur Qadar yang hanya wujud di dalam bulan Ramadhan sahaja. ( akan dikupas pada entry akan datang )
3. Pintu-pintu Syurga akan dibuka, pintu-pintu neraka akan ditutup serta Syaitan akan dibelenggu ( dirantai ). berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W : 

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (إذا جاء رمضان فُتّحـت أبواب الجنة، وغُـلّـقـت أبواب النار، وصُفّـدت الشـياطين) رواه مسلم.
maksud : Apabila datang bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dirantai syaitan-syaitan.

Akronim bagi bulan Ramadhan :
1- ر : رضان الله  ( Redha Allah )
2 - م : مغفرة الله ( Keampunan Allah )
3 - ض : ضمان الله ( Jaminan Allah )
4 - أ : ألفة الله ( Kemesraan Allah )
5 - ن :نعمة الله ( Anugerah Nikmat Allah )

melihat pada tafsiran akronim diatas, bermakna bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan penuh barakah serta rahmat daripada Allah kepada hamba-hambanya. Maka kalau ada terdapat manusia yang tidak merebut peluang bagi mendapat rahmat ini, sesusngguhnya ia berada dalam kerugian yang cukup besar.

Berniaga dengan manusia ada untung dan ada rugi akan tetapi berniaga dengan Allah kita semua akan untung besar. kalau manusia mengejar dan mencari bonus gaji, kenaikan pangkat, harga diskaun murah, harga runtuh maka bulan Ramadhan ada menawarkan bahkan lebih hebat daripada kita mengejar ganjaran manusia.

Doa agar kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan :


= pernah kehilangan orang yang tersayang iaitu arwah Wan ( Panggilan ganti nenek bagi negeri Pahang ) almarhumah Hajjah Sania Binti Mat pada bulan Sya'ban. semakin dekat dengan Ramadhan beliau pergi selama-lamanya bertemu Sang Pencipta Allah. Semoga diampuni segala dosa wan ketika hidup di dunia ini. AL-FATIHAH.  

Allah berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. 


Abdullah bin Umar ( Sahabat Nabi Muhammad ) Anak kepada Saidina Umar Al-Khattab 
Beliau, tidak pernah berbuka puasa pada bulan Ramadhan kecuali bersama faqir dan miskin. Ibn Umar masyhur sebagai seorang peniaga yang berjaya, juga punyai sumber pendapatan langsung dari baitul mal yang banyak. Dengan rezeki yang melimpah ruah itu, beliau langsung tidak kekok untuk menyalurkannya kepada faqir dan miskin.
Abdullah ibn Wa'il meriwayatkan, beliau pernah melihat Ibn Umar menerima 4000 dirham dan sepasang kain. Kemudian pada hari yang berikutnya, Abdullah ibn Wa'il mendapati Ibn Umar sedang membeli makanan untuk tunggangannya di sebuah pasar dengan berhutang.
Lantas terus meluru ke rumah Ibn Umar bertanyakan mengenainya, maka keluarga Ibn Umar berkata, "Ibn Umar tidak tidur malam sehinggalah membahagikan wang itu kepada yang memerlukan, beliau keluar dengan memakan kain yang diterima itu kemudian pulang tanpanya. Apabila ditanya mengenainya, Ibn Umar mengatakan bahawa ia telah dihadiahkan."



"siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dengan iman dan mengharapkan pahala maka diampunkan dosanya yang lalu" ( Hadis Nabi Muhammad )



- KITA SEMUA road to Ramadhan -
Sapalah saudaramu, sahabat sekuliah dan teman teman atas talian. Ingatkan mereka atas ketibaan Ramadhan yang mulia ini. 
Begitulah sunnatan hasanah, yang Baginda s.a.w wariskan pada kita.

bahawa beliau s.a.w, apabila menghampiri Ramadhan lekas-lekas mengingatkan para sahabat r.anhum, "telah tiba bulan Ramadhan, bulan yang mulia al Mubarak, Allah s.w.t telah mewajibkan padanya puasa, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka"
Para salafu as soleh menuruti sunnah yang indah ini, mereka semua bergembira dengan ketibaan Ramadhan.


Jangan ketinggalan untuk menyambut ketibaan Ramadhan!!!




p/s : nantikan sambungan seterusnya, bila? sebelum tiba detik hampirnya ramadhan. berdoalah pada Tuhan dipanjangkan usia agar sempat dikurniakan kesempatan bertemu Ramadhan. ( bukan lelaki pujaan akan tetapi bulan Mulia ).

- kupasan mengenai ayat perintah puasa. erti puasa, syarat wajib, rukun puasa, perkara makruh dan membatalkan puasa, perkara sunat dan macam-macam lagi.

#SEMARAKKANRAMADHAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih