Isnin, 14 Disember 2015

Methodologi Dakwah Nabi SAW.

Para sahabat yg dikasihi dan dirahmati Allah.

Methodologi Dakwah Nabi SAW. 

1. لسان الحال
Iaitu seluruh inci batang tubuh nabi SAW menjadi cerminan kepada para sahabat dan masyarakat di sekelilingnya. 
Tutur bicara yg lembut, santunan pekerti yg berhemah, tidak pernah mengeluarkan perkataan yg kesat,  apatah lagi memaki hamun, mencela, mencerca sekalipun kepada musuh2 Islam mahupun orang yg membencinya. Baginda akan menyantuni mereka dengan Kata2 yg baik. Firman Allah: 

واذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما
Apabila berkata2 baginda menjauhi dari pengaruh emosi dan perkara2 yg mengikut hawa nafsu dan sia2. 
Firman Allah: 
وما ينطق عن الهوي

Baginda juga tidak menyimpan dendam dengan sesiapa malahan bersifat pemaaf,  iaitu 
والعافين عن الناس

Di antara ciri2 sifat pemaaf: 
~ Tidak membalas kezaliman dengan kezaliman. 
~ Tidak bergaduh walaupun dia berada di pihak yg benar.
~ Tidak memutuskan silaturrahim kepada orang yg memutuskan nya. 

Begitulah baginda nabi SAW di mana seluruh kehidupan nya adalah cermin, contoh teladan, akhlak yg luhur dalam melaksanakan tugas dakwah.  Benarlah firman Allah, 
خلقه القرآن

Patutlah ramai yg  beriman kerana mencontohi sifat luhur ini. 

2. دعوة بالمقال
Iaitu memberi bimbingan nasihat dalam bentuk peringatan, tazkirah, pengajaran dan tunjuk ajar.
Firman Allah: 

ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي احسن

Baginda memberi bimbingan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Lidah yg fasih, ilmu yg matang, semangat yg kental dan perjuangan yg tidak mengenal erti putus asa. 
Baginda tidak jemu dan bosan menyeru dan mengajak manusia mematuhi syari'at Allah walaupun berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. 
Mehnah yg dihadapi oleh Baginda  jauh lebih hebat dari yg kita hadapi sekarang. 

3. دعوة  الدعاء 
Iaitu Baginda berfikiran positif terhadap cabaran yg dihadapi. Bersangka baik dan mendoakan semua manusia mendapat hidayah. Walaupun baginda disakiti seperti peristiwa baginda ditentang oleh  penduduk Thaif. Malaikat Jibril menawarkan hukuman yg berat kepada penduduk Thaif namun baginda hanya mohon supaya didoakan mereka agar mendapat hidayat seperti doa nabi SAW yg masyhur: 

اللهم أهدى قوم فإنهم لا يعلمون

Inilah resipi  dakwah nabi SAW sehingga Islam mencapai kemenangan dan berboh manusia masuk ke dalam agama Allah.
Firman Allah: 

إ ذا جاء نصرالله والفتح ورأيت الناس يدخلون في دين الله افواجا

Sahabat sekelian,  berapa ramai orang yg sudah menerima Islam hasil usaha dakwah kita.
Kalaulah nabi SAW masih ada bersama kita sekarang, adakah kita tidak merasa malu dan segan kepada baginda dengan method yg kita gunakan sekarang ini?. 

Ayuh para sahabat, 
Siapa lagi yg boleh meneruskan legasi dakwah nabi SAW, kalau bukan pewaris2 yg telah di amanahkan oleh Allah ini. Apa method yg kita mahu guna pakai kalau bukan method yg diasaskan oleh junjungan besar nabi Saw.

Marilah para sahabat kita bermuhasabah

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على محمد وعلى آ ل محمد
.