Isnin, 23 Disember 2013

Tulislah Sendiri Sejarah Kamu


"Seorang Muslim umpama seekor lebah. Segala sesuatu yang ada pada dirinya mengandungi faedah, hingga kamu boleh melihat seorang 

Muslim mendermakan harta yang dimilikinya dengan sepenuh hati, memberikan makanan kepada orang lain,meminjamkan buku-bukunya kepada sesiapa yang memerlukan dan ingin membacanya, menghulurkan bantuan kepada orang yang sedang ditimpa musibah,membantu orang fakir,menjenguk orang yang sedang sakit, menghormati orang tua,memuliakan orang alim,membenci orang yang berbuat anianya,ramah kepada semua orang,berperilaku baik terhadap kaum muslimin dan kerap memberikan pertolongan dengan.

Pada intinya, seorang Muslim memanfaatkan umur yang dimilikinya untuk kebaikan. Segala bentuk kebaikan dan keluhuran yang mampu dilakukannya tidak akan sia-siakan.

Tidak hanya itu, seorang Muslim sentiasa berusaha untuk meninggalkan sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain selepas dia meninggalkan dunia, seperti mewakafkan buku-buku yang bermanfaat, menuklis buku, membina masjid, meninggalkan anak soleh yang menggantikannya, menanam pokok yang boleh berbuah dan melibatkan diri dalam kerja amal".

"Dengan demikian sama-samalah kita tulis dan cipta sejarah yang paling terbaik dalam kehidupan kita...dengan berlandaskan IMAN dan Islam...Berjuang dan ciptalah sejarah selagi termampu.."

Selasa, 19 November 2013

Lemah


Dinukil Al-Fadhil Ustaz Rashidy Jamil Al-Rashid hafizahullah akan keadaan umat Islam pada hari ini ketika mengakhiri ulasan mengenai isu kalimah ALLAH yang dipermainkan oleh sesetengah pihak,

"Dan penutupnya, kita sekarang umat Islam lemah, sebab kita bergaduh. Kita rasa kita cerdik, orang lain bodoh. Kita rasa kita sarjana orang lain tidak. Sebenarnya kita sedang ditipu dengan ilmu kita yang sedikit. Kata pengkaji, antaranya ulama menyebut, 100 tahun selepas kegemilangan Islam jatuh, apa yang mampu umat Islam buat pada hari ini hanyalah tiga perkara." 

"100 tahun selepas Islam jatuh kegemilangannya sehingga hari ini, umat Islam hanya mampu membina 3 perkara sahaja, setelah 100 tahun dahulu ulama' telah menghasilkan karya perubatan seperti Ibnu Sina, menghasilkan juga karya-karya yang besar dan lain-lain, Tetapi keadaannya umat Islam 100 tahun selepas itu ialah, mereka hanya mampu menghasilkan 3 perkara, pertama maaf sebut,"

1) SHISHA, sehingga terkenal di Tanah Melayu ini

2) TARIAN-TARIAN TIMUR TENGAH

3) HIDANGAN-HIDANGAN ARAB, sehingga terkenal diseluruh dunia

"Inilah 3 perkara yang hanya mampu dibangga-banggakan selepas zaman kegemilangan orang Islam." 

"Maka kata Dr Tareq Suwaidan, 
'Jangan disalahkan pemuda-pemuda Islam pada hari ini kerana mereka hidup dalam zaman kemunduran Islam. Tetapi, pemuda-pemuda Islam tidak boleh hidup selesa sebab kemunduran yang tidak disalahkan kepada mereka, kerana mereka WAJIB sebagai amanah menaikkan kemajuan bagi Islam seperti ulama'-ulama' terdahulu'."

"Jadi nak buat kerja besar menaikkan martabat Islam, kita kena buang ego, kena buang sombong, kena buang rasa orang lain tak cerdik kita seorang sahaja yang cerdik, kena buang. Buang. InsyaALLAH siapa-siapa yang merendah diri, ALLAH akan memilihnya untuk diberi hadrat dan rahmat-NYA." 

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Rabu, 6 November 2013

sistem ejaan jawi za'ba


Zainal Abidin bin Ahmad
Zainal Abidin bin Ahmad

CIRI-CIRI SISTEM EJAAN JAWI ZA'BA:
Sebelum dibuat kesimpulan tentang peranan Za'ba dalam pembaharuan sistem ejaan Jawi, elok kita tinjau sepintas lalu tentang Daftar Ejaan Melayu itu sendiri. Di antara lain:

(a) Usahanya itu bermula dalam tahun 1918 lagi bila beliau mengumpulkan perkataan-perkataan Melayu dalam tulisan Jawi sahaja;
(b) Sumber perkataan-perkataan itu ialah daftar ejaan Rumi Kerajaan Negeri Persekutuan yang dikeluarkan oleh sebuah jawatankuasa dalam tahun 1904. Dalam menyusunnya semula menurut abjad Jawi, beliau menambah beberapa banyak perkataan pula.
(c) Sejak itu beberapa kali lagi penyemakan semula dilakukannya.
(d) Dalam tahun 1925, senarai perkataan itu disemak pula oleh guru-guru "Kolej Tanjung Malim" bergilir-gilir, dan ditambah lagi oleh mereka beberapa perkataan lagi. Pada waktu itu, saya percaya, beliau juga mendapat bantuan daripada pelajar-pelajar Maktab. 
(e) "Setelah itu," menggunakan kata-katanya sendiri; "terbenamlah lagi Daftar ini beberapa lama kerana menantikan peluang hendak memulakan kerja menjadikan dia kamus betul-betul itu tidak juga dapat-dapatnya". 
(f) Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya.
(g) Walau bagaimanapun, beliau menaruh harapan untuk kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan bahasa yang terbit
daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-kamus kita yang sedia ada". 

Demikianlah sekadarnnya latar penyediaan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) itu yang siap dalam tahun 1938, iaitu setelah melalui tempoh dua puluh tahun lamanya. Malangnya lagi, hanya kira-kira sepuluh tahun sesudah itu pula baru Daftar itu diterbitkan, iaitu dalam tahun 1949 - selepas 31 tahun projek itu dimulakannya dalam tahun 1918.

Di dalam buku itu terdapat dua buah bab selepas "Pendahuluan". Bab-bab itu ialah "Pengenalan 'Am" (11 halaman) dan "Kaedah-kaedah Ejaan Jawi" (39 halaman). Kedua-dua bab ini jauh lebih penting daripada daftar ejaan itu sendiri. Daftar itu mensenaraikan perkataan menurut abjad, sedang kedua-dua bab yang dirujukkan tadi memberi huraian tentang rasionel, modus operandi, prinsip-prinsip dan rumusan-rumusan kaedah ejaan Jawi. Demikianlah, jika tidak kerana dua bab itu, tidaklah akan jelas kepada kita bagaimana dan sejauh mana Za'ba memainkan peranannya dalam merumuskan sistem ejaan Jawinya itu.

contoh huruf jawi
contoh huruf jawi

 MENGAPAKAH ZA'BA MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA SISTEM EJAAN JAWI?
Za'ba mengusahakan sebuah sistem ejaan Jawi kerana, seperti yang dinyatakannya dalam bab "Pengenalan":
"... tulisan Jawi itulah yang terlebih berkehendak diaturkan ejaannya dan disusunkan dia mengikut tertib hurufnya, kerana ejaannya banyak yang masih simpang perenang. Tambahan pula tulisan Jawi itu lebih disukai oleh orang Melayu raya tua dan muda di Semenanjug ini". 
Beliau tidak memberikan keutamaan yang sama kepada penggubalan sistem ejaan Rumi mungkin kerana ejaan Rumi itu sudah pun diselaraskan oleh Jawatankuasa bagi Merumikan Tulisan Melayu dalam 1904 bagi kegunaan Kerajaan Negeri Persekutuan. Oleh yang demikian dan oleh kerana sifat yang berkacau dalam ejaan Jawi, maka menyelaraskan ejaan Jawi itulah yang menjadi satu keutamaan yang tinggi kepada Za'ba. Walau bagaimanapun, sistem ejaan Rumi itu dilampirkannya dalam Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Agak menarik bahawa sistem ejaan Rumi itu pun mengandungi jumlah yang sama (empat puluh) dengan jumlah undang-undang dalam sistem ejaan Jawi.

SISTEM EJAAN JAWI ZA'BA:
Za'ba merasa perlu untuk menggubal sistem ejaan Jawi yang baru kerana beberapa sebab:
Pertama, adanya semacam keberkacauan dalam ejaan Jawi. Seperti yang dinyatakan oleh beliau bahawa walaupun kaedah yang dicuba ikutinya ialah "menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun yang lalu serta kecenderungan penulis-penulis Melayu yang lebih ramai" tetapi beliau juga mengatakan bahawa yang dikatakan "kebiasaan penulis-penulis yang ramai" itu pun "ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang".
Kedua, ada usaha hendak menghidupkan semula "ejaan lama yang telah atau beransur mati" oleh Wilkinson dan Winstedt serta setengah-setengah penolong Melayunya. Bila ini dicuba lakukan maka
"telah menjadi gempar dan hebuh sungutan di antara penulis-penulis Melayu apabila terjadi kacau bilau pada ejaan Melayu dalam tahun 1916-19 tatkala Daeng Abdul Hamid kerani Melayu Sir Richard Winstedt masa itu mencuba hendak memandai-mandai memakai setengah daripada ejaan cara lama yang telah ketinggalan itu dalam buku-buku bacaan di sekolah-sekolah Melayu".
Ketiga, terdapat ketidak-sepakatan di antara kamus-kamus karangan orang Melayu, terutamanya, sehubungan dengan penggunaan huruf qauf,kaf, hamzah,ta dan ta bulat dihujung kalimah dan beberapa huruf lagi.
Dalam sistem ejaannya itu, Za'ba mengemukakan 20 "undang-undang", atau hukum, bagi ejaan Jawi untuk kata-kata dasar,  dan 20 "undang-undang" pula bagi kata-kata yang berimbuhan.

Haji Hamdan Haji Abdul Rahman , meneliti 40 "undang-undang" itu, membuat kesimpulan bahawa Za'ba merumuskan sistem ejaan Jawinya itu berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu: Ekonomi ejaan yang menggunakan seberapa sedikit bilangan huruf; Kepastian- jika ejaan itu menimbulkan kesamaran sebutan maka diubahsuai ejaannya supaya mengurangkan kesamaran itu; dan Jamaah atau Konvensyen  digunakan kedua-dua ejaan yang berbeda bagi satu-satu perkataan jika kedua-duanya dipakai ramai dan tiap-tiap satunya tidak pula menimbulkan kesamaran sebutan.
Yang dikatakan prinsip ekonomi huruf itu ialah ejaan yang pada asalnya menggunakan "Kaedah Baris" dan terus terpakai serta tidak pula menimbulkan kesukaran sebutan, seperti ejaan Jawi untuk perkataan 'pada', 'kepada', 'daripada', dll. Yang dimaksudkan dengan prinsip kepastian ialah jika sesuatu ejaan yang menggunakan "Kaedah Baris" itu mengelirukan kerana boleh disalah-bunyikan, maka, di mana mungkin, ia diberikan huruf saksi supaya lebih jelas bunyinya. Yang dimaksudkan dengan prinsip konvensyen pula ialah pendirian Za'ba untuk menerima ejaan yang dipakai ramai penulis, walaupun tidak selaras dengan sistem. Pendirian itu dinyatakan oleh Za'ba seperti berikut: "Mana ejaan yang lebih ramai orang menulisnya itulah yang lebih betul; yang kurang ramai itu betul juga tetapi kurang ..." 

Tahap perkembangan ejaan Jawi.
Tahap pertama: Ejaan Jawi yang menggunakan tanda-tanda baris dan syaddah;
Tahap kedua: Ejaan Jawi itu mengekalkan ejaan pada tahap pertama tetapi menanggalkan penggunaan tanda;
Tahap ketiga: Ejaan Jawi cara Melayu yang menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama;
Tahap keempat: Pengenalan huruf saksi pada suku kata kedua pula bila terdapat ejaan yang hanya menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama itu mengelirukan kerana ejaan yang sama boleh mewakili dua perkataan.

Menurutnya lagi, ejaan Jawi tahap keempat inilah yang menjadi asas kepada sistem ejaan Pakatan Bahasa Johor (1937) dan sistem ejaan Za'ba (1938). Walaupun Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang memperkenalkan sistem ejaan Jawi Za'ba itu siap setahun kemudian daripada sistem ejaan Pakatan Bahasa Johor, kita dapat mengatakan bahawa Za'balah yang mempelopori ejaan tahap keempat ini kerana pertama, ejaan Jawi tahap keempat itu telah dirumuskannya dalam Rahsia Ejaan Jawi dalam tahun 1931 lagi, dan kedua, Za'ba juga terlibat dalam penyediaan sistem ejaan yang dipakai dalam Buku Katan terbitan Pakatan Bahasa Johor (1937) itu.

Sistem Ejaan Rumi Za’ba muncul apabila Pendita Za’ba telah membuat perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan sekolah. Sistem ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu.
Sistem ejaan Rumi Za’ba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Za’ba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres (1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959).

APAKAH PERANAN ZA'BA?
Demikianlah kita melihat sumbangan Za'ba sehubungan dengan sistem ejaan Jawi. Dilihat pada proses libatannya dalam kerjayanya untuk menghasilkan sistem ejaan Jawinya itu, beberapa kesimpulan dapat dibuat sehubungan dengan peranan beliau dalam evolusi sebuah sistem ejaan Jawi.
Peranannya yang pertama ialah sebagai penggerak atau aktivis bahasa. Ini dapat kita lihat pada inisiatif yang diambilnya dalam tahun 1924 untuk menubuhkan sebuah badan yang satu daripada objektifnya ialah membantu usaha penyelarasan ejaan Jawi. Beliau juga ikut bersama dalam kumpulan Pakatan Bahasa Johor yang menghasilkan Buku Katan (1937).
Beliau juga memainkan peranan peneroka dan pencipta satu sistem ejaan secara terperinci berasaskan cerakinan empiris dan memberikan rasionel bagi setiap aspek dalam sistem yang dicadangkannya itu - satu hal yang tidak dilakukan sebelum itu. Beliau menghabiskan dua puluh tahun daripada kerjayanya mengabdikan diri kepada misinya itu. Berasaskan pendidikan yang diterimanya (Senior Cambridge), sumbangan kesarjanaan yang dihasilkannya itu amatlah mengkagumkan.

Misinya bukanlah untuk melahirkan satu sistem yang paling lengkap dan sempurna. Hasratnya hanyalah sekadar memberikan titik tolak yang baru untuk dipergunakan oleh generasi baru bagi menyempurnakan lagi sistem ejaannya itu. Pendiriannya ini dapat dilihat pada kata-katanya:
"Adapun pada masa belum tetap salah satu sekarang ini belumlah boleh diputuskan ketetapannya; kerana keputusan dalam perkara itu ditetapkan perlahan-lahan oleh kebiasaan ramai, iaitu ikut-mengikut dengan tiada sedar, bukan dengan hukum-hukum yang diaturkan atau dipaksakan oleh seorang atau oleh kerajaan sekalipun. Pendeknya ejaan Jawi kita pada perkataan-perkataan yang belum tetap ejanya sekarang ini masih dalam perjalanan menuju kepada ketetapan, dan ketetapan itu akan tiba dengan beransur-ansur mengikut mana ejaan yang lebih ramai orang membiasakannya". 

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI


Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.


Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama.

Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.

Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab.  Pengaruh pertama terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14,  iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup  hingga pada hari ini. Tulisan Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya.  Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah Bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenal pasti bunyi Bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam Bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada.


 Batu bersurat  memperlihatkan pengaruh Bahasa Arab mula menjalar masuk ke dalam Bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan satu perubahan radikal terhadap Bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad Bahasa Melayu dengan agak lengkap. Misalnya,  abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain.  Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersurat Kuala Berang itu hanya huruf ‘q,v,x, dan z’ sahaja yang tidak ditemui. Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf ‘q’ dan ‘z’ tidak ada pada zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud dalam huruf Arab, iaitu ‘Qaf’ dan ‘Zai’. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun kesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan kesusasteraan bercorak Islam. Para pujangga telah diberikan layanan istimewa. Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan Jawi, sedikit demi sedikit, mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu.

Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu. Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah Bahasa Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud ‘orang Jawa’ atau ‘berasal dari tanah Jawa’. Penulis-penulis Arab pada zaman klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya “al-Rehlah” menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan  huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini dicampuradukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima huruf tambahan bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah  Ca ( ﭺ ), Nga ( ڠ ), Pa  (ق ), Ga  (گ ), dan Nya ( ڽ ).  Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya. 


Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi 

Keajaiban Angka Dalam Al-Qur’an


Satu kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya “The Series Of The Scientific Miracles In Qur’an” memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Qur’an yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW.


Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :

¶    Solat – 5 kali
¶    Dunia             - 115 Kali                     : Akhirat – 115 Kali
¶    Malaikat – 88 Kali                              : Syaitan – 88 kali
¶    Hidup – 145 Kali                                : Mati – 145 Kali
¶    Faedah – 50 Kali                                : Kerugian – 50 Kali
¶    Ummah – 50 Kali                               : Penyampai – 50 Kali
¶    Bala/Musibah – 75 Kali                      : Bersyukur – 75 Kali          :
¶    Bersedekah – 73 Kali                         : Berpuashati – 73 Kali
¶    Orang Sesat – 17 Kali                         : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali
¶    Muslimin – 41 Kali                              : Jihad – 41 Kali
¶    Emas – 8 Kali                                     : Kemurahan Hidup – 8 Kali
¶    Keajaiban – 60 Kali                            : Fitnah – 60 Kali
¶    Zakat – 32 Kali                                   : Berkat – 32 Kali
¶    Minda – 49 Kali                                 : Nur – 49 kali
¶    Lidah – 25 Kali                                  : Sumpah – 25 Kali
¶    Nafsu – 8 Kali                                    : Ketakutan – 8 Kali
¶    Kesusahan – 114 Kali                        : Kesabaran – 114 Kali
¶    Muhammad –  4 kali                           : Syariat – 4 Kali
¶    Lelaki – 24 Kali                                  : Perempuan – 24 Kali
¶    Bulan – 12 Kali                                   : Hari – 365 Kali
¶    Lautan – 32 Kali                                 : Daratan – 13 Kali
¶    Iblis (Penghulu Syaitan)-11 Kali           : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali      
¶    Bercakap di khalayak – 18 Kali           : Berdakwah – 18 Kali

v    LAUT & DARAT                         : 32 + 13 = 45
Justeru itu peratusan Laut    : 32/45 X 100     = 71.1111111 Peratus
Peratusan Daratan                   : 13/45 X 100     = 28.8888889 peratus
JUMLAH DARATAN + LAUTAN                          = 100 %

Kajian sains pula oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi manakala tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.

Khamis, 3 Oktober 2013

anak derhaka dan penyelesaiannya


PENGENALAN 

Secara umumnya masalah sosial merupakan perlakuan negatif atau buruk anggota masyarakat yang tidak membawa kebaikan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang dijalankan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara tersebut. Masalah sosial boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti rempit, salah guna dadah, vandalisme, anak derhaka, buli, buang anak dan lain-lain lagi. Masalah sosial kebanyakannya melibatkan golongan remaja yang merupakan pemangkin masa depan negara. Masalah sosial yang ingin saya kupas dalam kerja kursus ini ialah anak derhaka atau istilah lain dikenali sebagai si tanggang moden.

Dewasa ini, berita berkaitan anak derhaka acapkali kedengaran di dada-dada akbar dan juga di kaca televisyen yang berkaitan salah laku anak terhadap orang tua mereka. Anak derhaka ini diibaratkan seperti “kacang lupakan kulit”, yang mana apabila telah mencapai kejayaan mereka terus melupakan jasa ibu bapa mereka. Kebanyakan ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mereka mendapat perlindungan dan penjagaan yang terbaik.

Namun, nasib yang sama belum tentu diterima ibu bapa. Apabila usia mereka mula meniti senja, mereka dilupakan begitu sahaja. Sikap segelintir anak muda zaman sekarang tidak ubah umpama Si Tanggang dalam dongeng Melayu yang mana telah melupakan ibu bapanya yang sudah tua setelah dia menjadi kaya dan berkahwin dengan puteri raja. Si tanggang juga bukan hanya melupakan ibu bapanya malah telah mencerca dan memaki hamun mereka tanpa ada sedikit pun perasaan belas ihsan.

Derhaka terhadap ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar iaitu sebaris dengan dosa menyekutukan Allah, membunuh manusia dan menjadi saksi palsu. Anak yang tidak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selayaknya menerima balasan daripada Allah.

Diriwayatkan oleh Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas Allah di dunia ini adalah berzina dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” 

Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut, seperti firman-Nya yang bermaksud, “…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).” (Surah al- Isra’ ayat 23)

 [850]  mengucapkan kata ah kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “…dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 15)

Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan : “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Sahih Imam al-Bukhari)

Menghormati ibu bapa, bererti kita sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka supaya tidak tersinggung ataupun disakiti. Dengan kata lain, segala suruhan dan larangan ibu bapa mestilah dipatuhi selagi suruhan dan larangan mereka tidak menyalahi syariat yang telah ditetapkan. Bagi sesiapa yang tidak menghormati ibu bapanya ataupun mengkhianati (mengingkari) tunjuk yang baik, maka dia (anak tersebut) dianggap telah menderhaka terhadap ibu bapanya. Bagi mereka yang derhaka kepada ibu bapanya pasti menghadapi pelbagai kesulitan hidup sewaktu di dunia dan juga di akhirat. Selain itu, menderhaka kedua ibu bapa bererti telah menderhaka kepada Allah SWT. Dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,“Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Terdapat banyak contoh menunjukkan pengajaran dan azab derita yang ditanggung jika menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa di dunia ini. Ia mungkin datang dalam keadaan seseorang itu ditimpa penyakit, gagal mendapatkan pekerjaan atau nafkah serta keadaan hidup mereka yang tidak tenang. Contoh yang paling dekat pada diri kita adalah mengenai sirah dizaman rasulullah yang mengisahkan seorang hamba Allah yang menderhaka kepada ibunya.

Contoh daripada Sirah Rasulullah
kisah Wail bin Khattab iaitu anak yang derhaka kepada ibunya.
Disebabkan Wail bin Khattab terlalu cintakan isterinya, dia sering mencaci dan mempercayai segala apa yang dikatakan isterinya terhadap ibunya. Ketika Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar peluh membasahi seluruh tubuh badannya. Selama puluhan hari dia berada dalam keadaan demikian.
Matanya merah menyala, mulutnya terbuka luas tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, kaki dan tangannya pula kaku. Sahabat terharu melihat penderitaan dihadapi Wail. Mereka turut mengajar Wail mengucap kalimah syahadah.
Akhirnya Ali bin Abi Talib menemui Rasulullah SAW bagi menceritakan keadaan Wail. Rasulullah SAW meminta ibu Wail dijemput untuk menemui beliau. Rasulullah SAW mahu mengetahui keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.
Ibu Wail menceritakan keadaan sebenar kelakuan anaknya terhadapnya kepada Rasulullah SAW. Dia sering dicaci oleh anaknya kerana termakan hasutan isterinya. Dia terlalu mempercayai kata-kata isterinya sehingga menyebabkan ibunya terasa hati.

Rasulullah SAW memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya itu. Tetapi ibunya berkeras tidak mahu memaafkannya. Kemudian, Baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api kerana mahu membakar Wail hidup-hidup.
Rasulullah SAW menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail pasti derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, ibu Wail berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku, aku ampuni dia. Kesalahannya aku maafkan.”
Selepas itu keadaan Wail bertukar dengan wajahnya mula berubah selepas mendapat keampunan ibunya. Dia akhirnya dapat mengucap kalimah syahadah dan kemudian meninggal dunia. Begitulah azab dan penderitaan yang ditanggung oleh seorang anak yang sanggup mengetepikan ibunya.

Allah SWT berfirman:
 “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya
dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah Luqman, ayat 14) 

Walaupun ada pendapat yang mengatakan kisah ini daif mahupun palsu, akan tetapi pengajaran kisah ini amat baik untuk anak-anak muda sekarang muhasabah diri mereka dalam kehidupan bersama ibu bapa mereka.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA DERHAKA
Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada berleluasanya budaya derhaka dan gejala kurang sihat dalam kalangan anak muda dewasa ini. Antara faktornya ialah kurang didikan agama, kesilapan ibu bapa itu sendiri, pengaruh media massa, pengaruh rakan, kelemahan sistem pendidikan dan lain-lain

i. Kurang didikan agama antara punca gejala zuriat jadi 'si tanggang'
- Sudah menjadi lumrah kepada masyarakat pada zaman ini yang lebih mementingkan ilmu duniawi berbanding ilmu keagamaan atau kerohanian. Ilmu duniawi dianggap ilmu yang menjamin masa depan berbanding ilmu agama. Akibatnya unsur kerohanian tidak dapat disemai dalam diri anak-anak hingga mereka tidak tahu yang mereka perlu taat kepada ibu bapa.
- Malah, mungkin ada kalangan anak hari ini yang tidak faham apa itu erti derhaka. Malah ada juga anak-anak yang dihantar ke kelas agama oleh ibu bapa yang kemudianya melencong ke tempat lain. Ada juga anak muda zaman sekarang yang berpendapat bahawa ilmukeagamaan adalah ilmu yang tidak penting dan dianggap sebagai ‘kolot’.

ii. Kesilapan ibu bapa itu sendiri
- Anak yang dilahirkan diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan hala tuju dan masa depan anak berkenaan, justeru dalam hal ini ibu bapa tidak boleh menuding jari menyalahkan pihak lain atas kesilapan diri sendiri. Ibu bapa zaman sekarang yang kebanyakan bekerja terlalu sibuk mencari nafkah dan mengumpul harta dunia hingga mengabaikan anak-anak yang dahagakan belaian kasih sayang mereka.
- Mereka hanya melimpahkan anak mereka dengan harta kekayaan hingga tidak sedar bahawa anak mereka hanya memerlukan tumpuan dan perhatian ibu bapa. Hal ini akhirnya akan memerangkap keluarga mereka sendiri. Anak yang sebahagian besar masanya dihabiskan dengan pembantu rumah atau di tadika dilihat tidak dapat merasakan nikmat kasih dan sayang daripada ibu bapa sendiri. Akibatnya anak-anak ini membesar menjadi anak yang mudah memberontak, melawan cakap dan memberi arahan kepada orang di sekeliling mereka.

iii. Pengaruh rakan sebaya
- Rakan yang mana sering menjadi tempat meluahkan segala masalah dan juga berkongsi kegembiraan mempunyai pengaruh yang besar ke atas anak zaman ini. Mereka kadang kala lebih mendengar kata, pendapat, pandangan dan nasihat rakan berbanding ahli keluarga sendiri. Jika salah pilih kawan, maka salahlah tingkah laku dan sikap anak berkenaan. Misalnya anak yang bergaul dengan rakan yang tidak mempunyai didikan yang baik serta amalan budaya yang kurang sihat pastinya akan turut mempengaruhi tingkah laku anak kita.

v. Pengaruh media masa
- Terutama media elektronik melalui program televisyen yang terlalu mengagungkan rancangan Barat. Budaya masyarakat Barat yang tidak mementingkan nilai murni seperti membolehkan berkurang ajar dengan ibu bapa sendiri dilihat sangat mempengaruhi gelagat anak kita di rumah. Adegan yang ditonton sering kali menjadi gaya ikutan mereka dalam kehidupan seharian. Kebanyakan filem barat selalu memaparkan anak-anak yang memberontak dan mengeluarkan perkataan yang kurang enak didengar.

v. Kelemahan sistem pendidikan
- Sistem pendidikan kita yang lebih mengutamakan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan dilihat semakin mudah meragut unsur kemanusiaan dan pembangunan modal insan yang patut diterapkan dalam diri setiap pelajar sekolah. Akhirnya mereka membesar seperti mesin ataupun robot yang tidak kenal erti kasih sayang kepada ahli keluarga.
- Satu kajian yang dijalankan beberapa pensyarah Institut Kajian Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati dengan bilangan warga emas (60 tahun ke atas) bakal mencapai jumlah 2.2 juta orang menjelang tahun 2020, jumlah anak derhaka juga dijangka bertambah. Pertambahan itu didorong oleh sikap anak-anak muda zaman moden yang memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk menempatkan ibu bapa mereka di rumah-rumah penjagaan warga emas.

Perkara berkaitan

Punca anak terabai
Salah satu punca berlakunya perkara ini kerana kurangnya didikan ilmu agama daripada ibu bapa sendiri. Ibu bapa zaman moden kini terlalu banyak menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru di sekolah.
Apabila pulang ke rumah, mereka dibiarkan saja dan secara tidak langsung ilmu yang dipelajari terabai begitu saja. Mereka terlalu mementingkan kerjaya masing-masing hingga sanggup membiarkan anak mencari hala tuju kehidupan tanpa sebarang panduan daripada ibu bapa.

Ibu bapa perlu bijak berfikir. Didikan kepada anak perlulah sesuai dengan kehidupan sebagai seorang Muslim yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Faktor makanan
Dalam proses tumbesaran anak-anak, jenis dan mutu makanan sangat penting kerana ia menjadi darah daging. Rasulullah pernah bersabda yang antara lain kisahnya, seo’rang budak bermain bola dan tertendang masuk ke dalam masjid. Dia masuk ke masjid dan bertembung dengan nabi, dan nabi pun menyebut anak subahat sebanyak tiga kali. Ayahnya runsing dan bertanya kenapa Rasulullah berkata begitu. Bila diperiksa rupanya faktor makanan yang dimakan oleh ayahnya mengganggu tumbesaran si anak. Ia membentuk darah daging dan air mani yang akhirnya membentuk si anak.

Makanan yang baik , pertama halal dan kedua bermutu. Duit halal atau haram turut mengkelaskan jenis makanan. Sebab itu, jika berpendapatan tetap salurkan sedekah atau membayar zakat kerana ia  membersih harta. Daripada harta itulah, kita mendapatkan makanan yang akhirnya membentuk darah daging.
Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

teringat satu kes, anak mendapat keputusan SPM pangkat dua. Si anak balik menangis dan minta maaf kepada orang tua. Si bapa marah-marah dan herdik seperti melakukan kesalahan terlalu besar. Tidak puas marah, anak dihalau keluar dan tidak bertegur sampai ke hari ini.
“Kasihan si anak yang telah berusaha tetapi gagal. Itu bukan kehendaknya dan rezekinya setakat itu sahaja, tetapi sikap si ayah membunuh jiwa dan terpahat di ingatannya sampai tua.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.
“Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetàpi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi sunuh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.
“Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. “Sebenannya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.

Cara dan teknik menerap adab terhadap anak
Proses pendidikan yang tidak bermoral turut mempengaruhi. Bagaimana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah para guru tidak bermoral? “Selalu ditekankan, jika baran dan marah sekalipun, tolong jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh, bengap atau dungu kepada anak murid, kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa,” pesannya.
Sabda nabi saw, “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul.”
Jika anak-anak bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kalau ibu bapa cium atau peluk anak mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.

anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah tangga.
Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

Peranan dan tanggungjawab

Ibu bapa
Kepentingan peranan ibu bapa ketara kerana merekalah orang yang paling rapat dengan anak mereka. Semua tindakan dan kelakuan ibu bapa akan menjadi ikutan anak mereka kerana anak menjadikan ibu bapa contoh teladan mereka pula. Kegagalan ibu bapa untuk memaparkan teladan yang baik boleh mempengaruhi sikap anak mereka pula nanti. Pendek kata, kerapatan ibu bapa dengan anaklah yang menjadikan peranan mendidik itu penting dilaksanakan dengan baik.
Selain itu, ibu bapa menjadi tempat meluahkan masalah buat anak-anak. Setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak pasti akan dirujuk kepada ibu bapa untuk mendapat panduan menyelesaikannya dan kegagalan untuk berinteraksi dengan ibu bapa ketika inilah yang menyebabkan anak-anak terganggu kelakuannya. Ibu bapa yang mahir ialah ibu bapa yang sedar keadaan ini lalu memberikan pelbagai nasihat dan kata perangsang yang membantu anak mereka untuk mengharungi zaman keremajaan mereka dengan baik. Justeru, ibu bapa penting kerana merekalah tempat anak-anak mendapatkan panduan ketika dibelenggu pelbagai masalah hidup.
Tambahan pula, ibu bapa boleh menjadi individu yang memberikan kasih sayang kepada anak mereka terutama ketika anak mereka melakukan kesilapan. Ibu bapa yang bijak mendidik akan memaafkan kesalahan anak mereka walaupun diri mereka berasa kecewa kerana sedar anak mereka perlu diberi peluang kali kedua. Tindakan memaafkan kesalahan anak dengan bijak dan penuh kasih sayang ini akan membentuk anak menjadi insan yang lebih baik sikapnya. Maka, ibu bapa penting kerana merekalah tempat kasih sayang bermula dalam hidup remaja itu.

Anak-anak
Kisah berbakti kepada ibu bapa

Salah seorang dari suku Bani Salimah datang dan bertanya kepada Rasulullah SAW: “Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada cara untuk aku berbakti kepada mereka? Jawab Rasulullah SAW: Ya, membaca istighfar untuk kedua mereka, melaksanakan wasiat mereka, menghormati sahabat mereka, dan menghubungkan keluarga mereka.”

Oleh itu marilah kita tingkatkan iman dan takwa serta mengasihi ibu bapa. Jika mereka masih hidup ziarah dan tunjukkanlah kasih sayang kita yang tidak berbelah bagi. Jika ibu bapa sudah meninggal dunia, banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah untuk mereka.

Kisah DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan onang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Uman juga pernah berjumpa budak kecil. Dia menghampiri budak itu dan berkata, “Wahai budak, tolong doakan untukku, agar Tuhan ampunkan dosaku.’ Sahabat-sahabat terkejut dan bertanya, “Ya Umar, kamu khalifah,
Allah dan rasul telah jamin syurga untuk kamu, kenapa tidak berdoa sendiri.”
Jawab Sayyidina Umar, budak-budak kecil tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau jumpa budak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun anak anak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.
Impak masa depan terhadap institusi kekeluargaan

Antara kesan yang akan berlaku akibat  terhadap institusi kekeluargaan ialah:

Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian. Penceraian pastinya akan berlaku kerana keharmonian dan kebahagian rumahtangga tidak dapat dipertahankan lagi. Rumah tidak dianggap sebagai tempat untuk mendatangkan kedamaian tetapi lebih kepada satu tempat yang membosankan. Kiranya kebahagian tidak wujud lagi maka penceraian akan terjadi dan pastinya ia tidak dapat dielakkan.

Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja. Kehidupan anak-anak akan menjadi tidak ceria. Permasalahan ini akan mendatangkan kesan yang lebih buruk pada masa hadapan anak-anak ini. Generasi akan datang akan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar kerana kurangnya kebahagian dan kasih sayang yang dikecapi dalam institusi kekeluargaan. Anak – anak akan mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah yang dihadapi bagi menempiaskan kasih sayang mereka agar segala masalah mereka dapat dikongsi bersama-sama contohnya kepada rakan-rakan, guru-guru, orang gaji, jiran-jiran dan sebagainya

KESIMPULAN
Kesimpulannya, masalah sosial berkaitan anak derhaka ini perlulah diambil perhatian serius bagi mengelakkan perkara ini menjadi masalah yang akan memberi kesan negatif terhadap pembangunan negara. Masalah ini perlu ditangani oleh semua pihak tidak kira siapakah anda.
Mari kita sama-sama muhasabah perkara yang paling asas dalam kehidupan kita sehari-harian.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya anak derhaka dan melawan mereka? “Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.“Sedekah ke masjid atas nama ibu. Walaupun ibu sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
“Allah maha pengampun dan luaskan rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram. Lebih teruk lagi, Allah tunjukkan dalam bentuk bala. “Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
“Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi jalin hubungan yang baik kerana hayat orang tua bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”
Melakukan kebaikan kepada ibu bapa merupakan suatu perintah dari Allah SWT kepada setiap muslimin dan muslimat. Sebagai seorang anak kita diingatkan agar melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Di samping itu, kita hendaklah tahu menghargai budi dan jasa yang dicurahkan mereka siang dan malam demi melihat anak-anak dalam keadaan baik dan berjaya dalam hidup tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Ahad, 22 September 2013

bahagie!!!


Aduhaaaii sayang!!!


Saya suka tengok jari awek saya...Cantik betul... Sungguh!Sampai takut nak pegang...Bukan takut patah...Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong nanti..Di satu hari time berhadapan dgn yang Maha Esa...



Saya suka tengok rambut awek saya...Cantik betol... Sungguh!Sebab tu saya belikan tudung...Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....Tapi takut nanti terbakar dek api nerakaDi suatu hari time berhadapan dgn yang Maha Esa



Saya suka tengok body awek saya...Cantik betol... Sungguh!Sebab tu saya belikan dia abaya, telekong..Bila berjumpa dengan Kekasih die Yang Utamadia lagi nampak cantik dan berseri menghadap Nya.Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...



Saya sedih tengok awek saya..Tak tido, tak makan rindu kat saya...Saya pun macam tu jugak,Ada problem yang sama..Die tanya apa ubatnya?Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...Semoga lebih cintakan Nya dari saya...



Saya sedih tengok awek sayaSelalu pesan macam-macam kat saya..."Makan, minum, study elok-elok tau..Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...Tapi bila ajak chatting sama-sama burn asar maghrib gituDie tak kata satu aper pun...Berdosanye saya....



Kesimpulannya saya memang sayang dia...Nak jumper die ..rindu pun ader...Di dunia dan akhirat terutamanya,Janji nak share syurga sama-sama...Bahagia selamanya...Semoga kami saling mengingati,Dosa kiter..kompem setel sendiri...Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...Semoga kami menginsafi diri...Ya Allah ampunkanlah kami....Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/S - Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...Apa kata tanamkan dalam hati camtu...Cinta tu anugerah Allah...dan ingat cinta yang hakiki adalah cintakan Ilahi..Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...



                                                  Amaran keras  !!!!!!



nota pemangkin semangat seorang student yang cemerlang


"sbaek2 guru adlh pngalaman.
sbaek2 pnduan adlh al-quran dn sunnah.
dan sbaek2 pncptaan adlh kite sbgai mnusie.
hidup bkn skadar mnanti ap yg bkal brlaku d dpan.
ttp,juge mgmbil sbrape byk pngalaman dan pgtahuan yg boleh dr yg sudh lepas.
krna ia akn mmbuat kte lbeyh besedie mnanti yg mndtg.
jike yg baik dn buruk nmpk kabur dr pngalaman,kmbalilah brpaut pd al-quran dan as-sunnah.
tiade ap yg prlu kite segani utk brjye krane tiade sbaek2 kjadian sbaik kite mnusie..."




"wlw sjwh mne pn kite dpt pndg ke blkg sjarah khidupn kite,kite ttp xdpt ubh wlw sminit yg lepas.
mnyesal bukn sbaek2 jln.
sbaliknye,
brsiaplh utk mmbuat yg trbaek bg yg mndtang.
mulai sminit dr skrg.agr tiade sjrh yg yg ingin di padam.
insyaalah..."



"bukn mmbace yg mmbuat seorg brjye dlm hidup.
ttp,mghayati dan mndalami"


bukan men"cari" yg membuat seseorang berjaya dalam hidup... tetapi yg mampu me"miliki" dan mem"beri"


bersyukur pada nikmat Allah...