Isnin, 26 Disember 2016

Mudahnya Bersedekah!

Tahukah anda, sedekah bukan hanya dalam bentuk wang? Malah, apa-apa sahaja pemberian kita kepada orang lain yang memerlukannya dikira sebagai sedekah. Kali ini kita akan berkongsi beberapa tip mudah bagi bersedekah.

1. Niat bersedekah kerana Allah

Apabila kita mahu bersedekah, terlebih dahulu niatkan sedekah itu kerana Allah. Mudah sahaja! Katakan kepada diri kita "Saya bersedekah kerana-Mu, ya Allah. Bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Jika kita berniat sedemikian, dengan izin Allah, Allah akan hadiahkan pahala dan rezeki kepada kita.

2. Sedekah dalam bentuk wang

Ada antara rakan-rakan kita yang berkata, "Saya mahu bersedekah, tetapi saya tidak ada banyak wang. Jangan bimbang, kita masih boleh bersedekah walaupun dengan hanya 10 sen. Mudah, bukan? Hal ini kerana Allah menilai keikhlasan kita bersedekah.

3. Sedekah dalam bentuk pertolongan

Kita juga boleh memberi sedekah tanpa wang. Bagaimanakah caranya? Hulurkan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sebagai contoh, kita menolong ibu dan ayah di rumah ataupun membantu orang lain, rakan-rakan di pejabat dan sebagainya.

4. Bersedekah dengan berkongsi ilmu

Sekiranya kita mengetahui sesuatu perkara yang bermanfaat, berkongsilah dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini kerana berkongsi ilmu juga dikira sebagai sedekah. Dengan izin Allah, ilmu kita semakin bertambah dan Allah akan mempermudahkan urusan kita.

5. Menziarahi orang sakit dikira bersedekah

Apabila kita mendengar ada orang sakit, jika kita mampu ziarahilah mereka dan mendoakan supaya Allah menyembuhkan sakit mereka itu juga dikira sebagai sedekah.

6. Bersedekah kepada haiwan

Kita digalakkan berbuat baik dengan semua makhluk Allah, termasuk haiwan. Sedekah yang mudah boleh kita lakukan kepada haiwan adalah dengan memberi makan kepadanya. Niatkan kerana Allah, Allah akan memurahkan rezeki kita.

7. Bersedekah dengan senyuman

Barangkali ada yang bertanya, "Apakah sedekah yang paling mudah?" Jawapannya adalah memberi senyuman. Latih diri bermanis muka dengan memberi senyuman apabila bertemu sesiapa sahaja.

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini dapat membuka minda kita bahawa mudahnya bersedekah. Lantaran, sedekah bukan hanya dalam bentuk wang. Jom kita bersedekah! 😍

Khamis, 8 Disember 2016

Bagaimana mahu jadi Guru Al-Quran yang berjaya?

Dikalangan kita yang berilmu bila tamat belajar memilih kerjaya untuk 'menjadi seorang guru'.

Tugas seorang guru bukan sekadar 'menyampaikan ilmu' sahaja. Tapi menjaga SEMUA perkara yang berkaitan dengan ilmu.

Contohnya tugas 'Guru Al-Quran':

1. Menjaga adab berpakaian tika murid baca Quran
2. Menegur cara duduk murid
3. Cara tunjuk al-Quran
4. Cara lontaran suara (sengau atau tidak)
5. Cara menghormati al-Quran
6. Cara memegang al-Quran

...dan lain2 yang berkaitan dengan al-Quran.

Semua perkara yang berkaitan WAJIB di tegur dan diajar oleh guru tersebut.

Kalau kita fikir ilmu itu 'sekadar menyampaikan' apa yang ada dalam kepala sahaja, pastinya kita sekadar cakap, dengar sikit-sikit apa yang murid respond kemudian balik rumah.

Tugas guru adalah mendidik dan bertindak SEPENUH MASA, bukan time murid baca al-Quran guru sibuk main facebook kemudian dapat ilmu dan sanad.

HAK yang perlu dijaga bagi mereka yang bernama MUSLIM, iaitu hak sebagai :

1) #HAMBA (Hamba Allah) : Hak kita kepada Allah SWT dalam mengabdikan diri kepadaNya. iaitu mengikuti suruhannya dan meninggalkan larangannya. Allah berfirman "Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan dir kepada Allah".

2) #PELAJAR (Ilmu) : Menimba ilmu agar dengan ilmu tersebut kita lebih mengenali Allah, dan apabila mengenali Allah, maka akan terbit cinta kepadaNya. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah.

3) #PEMIMPIN (Guru) : Mendokong pemimpin yang mendokong Islam, kerana denganya kita mengenali Allah SWT dan membawa kita cinta kepadaNya. "Lau la Murabbi, Ma A'raftu Rabbi" yang bermaksud "Jika tidak kerana guruku, tidaklah aku mengenali Tuhanku".

4) #DAIE (Dakwah) : Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sesungguhnya kita semua adalah daie, sabda Rasulullah SAW : "Man Qala Lailahaillallah Fahuwa Daie" yang bermaksud " Barangsiapa yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah maka dia adalah Daie"

5) #ANAK (Keluarga) : Berbakti kepada kedua ibu bapa dan melahirkan zuriat dan didikan agama kepada mereka. Sabda Rasulullah SAW "Apabila mati anak Adam, nescaya putuslah amalannya melainkan tiga perkara : Sedeqah yang berpanjagan, ilmu yang diambil manfaat dengan dia dan anak soleh yang mendoakan baginya".

6) #KAWAN (Muslim) : Memelihara hubungan sesama muslim yang lain, menghulurkan bantuan kepada mereka apabila berhajat dan mengasihi mereka. Sabda Rasulullah SAW "Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi sahabatnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri".

7) #DIRI (Jasmani dan rohoni) : Menjaga amalan zahir dan batin, keperluan dan hak yang diperlukan bagi badan dan hati. "Aslih nafsak, wadu' ghairak" yang bermaksud "Perbaiki diri kamu dan ajak orang lain kepada islam".

p/s : Sudahkah kita menunaikan segala hak kita?

Rabu, 2 Mac 2016

Berdamping dengan Al-Quran

Tips bersama Al-Quran :

1. Jangan biarkan hari kita berlalu tanpa membuka dan membaca al-Quran
2. Usahakanlah agar paling tidak sekali sehari mendengar bacaan al-Quran oleh sesiapa sahaja ( contoh video youtube )
3. Bawa satu mashaf kecil seperti di dalam poket ke mana sahaja kita pergi. Sebagaimana dompet dan telefon bimbit yang kita selalu pegang. Mengapa tidak dengan al-Quran?
4. Simpan mp3 al-Quran dalam telefon bimbit. Jika ada masa terluang dengarkan. Kalau lagu popular seperti cinta boleh kita dengar kan? Kenapa tidak dengan al-Quran? Dapat pahala lagi kan.
5. Ada mashaf al-Quran yang ada terjemahan untuk rujukan dan sebagai peringatan kepada kita orang melayu yang tidak faham Bahasa arab. Ia akan membantu kita untuk memahami kandungan al-Quran.
6. Buat rancangan untuk khatam al-Quran. Bila kali terakhir? Mesti sekolah rendah kan? Lepastu mesti dah tak buatkan? Anda rugi sebab Allah free2 bagi peluang buat pahala tetapi kita sibuk untuk mencari dosa. Sudah ada tiket masuk Syurgakah?