Jumaat, 28 Jun 2013

Pesan Atok Kepada cucu-cucunya - Kelantan dan Johor DT

Perlawanan Akhir Piala FA - Kelantan lawan Johor Darul Takzim






29 JUN 2013
8.45 Malam
Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur

Siaran Langsung di Astro Arena dan terdapat HD serta Maya HD.

- Pesanan geli-geli -

1. Bila pergi stadium jaga kelakuan, akhlak dan moral sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

2. Pastikan solat Asar, Maghrib dan Isyak ditunaikan dan dilakukan. ( Jangan Tinggal Solat ). Jika dalam keadaan bermusafir, anda digalakkan untuk solat secara jamak dan qasar. 

3. Jika perlu bawa sebarang kain untuk dialas semasa solat. Solat boleh dilakukan di mana-mana jika surau sudah penuh. Pastikan permukaan tempat solat dibersihkan dahulu.

4. Pastikan plastik sampah ( makanan dan minuman ) yang telah digunakan dibuang dalam tong sampah.

5. Jangan parking kenderaan sesuka hati sehinggakan menghalang laluan orang lain dan kenderaan keluar masuk.

6. Pastikan mematuhi arahan yang dikelurakan oleh pihak berkuasa. ( Polis, Pegawai FAM, FRU, Rela dan lain-lain ).


7. Yang membawa anak-anak kecil, orang tua pastikan mereka dalam keadaan selamat, sejahtera dan aman.


8. Jangan membaling objek dari tempat menonton ke arah padang. ( fikirkan nasib orang lain, jangan fikir diri sendiri ).






Panduan solat jamak dan qasar =

1. http://www.islam.gov.my/e-solat/panduan-solat-qasar-dan-jama
2. http://www.zakatsel.com.my/baru/ibadah/musafir_jamak.asp







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih