Ahad, 30 Jun 2013

Orang Asli Part 2


Etnik Orang Asli


original people natural people
aboriginal people

Kelahiran
Terdapat sedikit persamaan dengan adat resam masyarakat Melayu
Sewaktu Mengandung :
wanita yang mengandung akan menempah seorang bidan yang akan membantu wanita berkenaan ketika bersalin
Ketika kandungan berusia tujuh bulan , bidan yang dipilih itu perlu melakukan upacara melenggang perut.
Upacara itu akan dijalankan oleh mak bidan yang akan menjampi wanita yang mengandung itu bertujuan untuk mengusir sebarang semangat jahat dan gangguan lain bagi menjamin keselamatan ibu serta bayi.
Adat ini juga penting untuk menentukan kandungan berada di kedudukan yang betul agar memudahkan proses bersalin kelak.

Adat ini juga akan disertai dengan sedikit jamuan makan.
Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan.
Mereka dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.
Wanita mengandung juga dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu.
Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati
Semasa Bersalin :
Semasa bayi dilahirkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan serpih buluh yang tajam dan  dimandikan dengan air suam.
Uri bayi ditanam berdekatan rumahnya. Uri  dicuci, digaul dengan serbuk kunyit, garam, lada putih, lengkuas, kemenyan dan arang sebelum ditanam ke dalam lubang setinggi satu kaki.
Selama tujuh hari lampu akan dipasang di tempat uri tersebut ditanam.
Mereka menganggap uri tersebut sebagai abang atau kakak kepada bayi itu dan justeru ia hendaklah ditanam dengan sempurna.
Selepas Lahir :

Memberi Nama
Bayi akan diberi nama dengan kebenaran dari ibu bapanya selepas selamat dilahirkan.
Nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuh-tumbuhan, ikan atau tempat yang dekat dengan bayi ketika lahir atau juga menurut nama peristiwa yang berlaku ketika bayi dilahirkan.
Jika nama yang diberi tidak sesuai , bayi akan jatuh sakit.
Ibu bapa tadi akan 'menjualkan' bayinya kepada orang lain, iaitu ibu bapa barunya. Dipercayai penyakit bayi adalah disebabkan ketidaksesuaian antara bayi dan ibunya.
Kematian
Bagi suku Negrito dan Senoi, kematian yang dilakukan berlainan mengikut suku kaum sendiri
Masyarakat orang asli akan membersihkan si mati terlebih dahulu. Kemudian si mati akan diletakkan di tengah-tengah rumah untuk dilihat oleh ahli saudara-mara.
Sekiranya semasa hidupnya si mati menghisap rokok, bibir si mati akan dikepilkan dengan rokok sebagai tanda menghormati si mati.
Kemudian ahli keluarga yang paling rapat akan menangis, tetapi tangisan tersebut haruslah perlahan supaya tidak mengganggu si mati.
Pada masa yang sama ahli keluarga membaca beberapa mantera untuk dijadikan bekalan si mati. Ahli-ahli keluarga dilarang mengungkit keburukan si mati semasa hidup.
Ada juga di kalangan mereka yang mengenakan si mati dengan pakaian yang cantik terutama pakaian ketika perkahwinan.
Bahkan ada pula yang mengenakan pakaian biasa kepada si mati. Pemakaian baju yang menarik adalah sebagai penghormatan terakhir kepada si mati. 
Pengebumian
Kebanyakan mayat akan dikebumikan di kawasan yang khas. Bagi kebanyakan suku kaum yang mengamalkan kehidupan secara berpindah-randah, mayat mereka akan dikebumikan di kawasan petempatan mereka.
Oleh itu mereka akan berpindah ke kawasan lain kerana dipercayai si mati akan menjadi hantu dan akan mengacau ahli keluarga yang lain.
Suatu ketika dahulu suku Negrito mengebumikan mayat di kawasan tertentu seperti di bawah pokok besar, gua, batu besar atau diletakkan sebelah busut. Namun amalan tersebut semakin berkurangan.
Perkahwinan
 Kebanyakan masyarakat Orang Asli berkahwin ketika usia masih muda. Bagi kaum lelaki, usia 18 tahun merupakan usia yang paling sesuai untuk mendirikan rumahtangga.
Kaum perempuan pula ketika berusia 16 tahun dan hendaklah tidak lebih daripada usia kaum lelaki
Perkahwinan dilakukan oleh ibu bapa bakal pengantin, bermula daripada upacara merisik sehinggalah seseorang telah menjadi pasangan suami isteri secara sah. Oleh itu jodoh ditentukan oleh ibu bapa.
Ada juga di kalangan masyarakat Orang Asli yang telah bertunang sejak kecil lagi.
Kebiasaannya pengantin lelaki dan perempuan mempunyai hubungan saudara seperti sepupu atau dua pupu atau mempunyai suku kaum yang sama.
Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya bakal pengantin lelaki berkahwin dengan perempuan daripada suku lain. Namun apa yang pasti bakal pengantin perempuan perlu mengikut suami, dengan kata lain bakal isteri perlu memasuki suku kaum suami.
Meminang
Pada masa yang ditetapkan upacara meminang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak yang diwakili oleh Tok Batin/ Jenang/Penghuhu/Jungkerah dan Penggawa sekiranya berlainan suku kaum.
Mereka mengadakan perbincangan di sebuah rumah besar atau kini balai raya. Apabila selesai upacara meminang satu tarikh untuk hari melangsungkan perkahwinan ditetapkan iaitu kira-kira tujuh bulan, lapan bulan atau setahun dari upacara meminang.
Upacara Perkahwinan
Upacara ini dimulakan dengan mengasah gigi kedua-dua mempelai yang bertujuan membuang sial.
Ini adalah penting supaya segala masalah yang dihadapi oheh bakal pengantin ketika bujang tidak dibawa selepas berkahwin.
Ada juga yang menyatakan asah gigi ini adalah untuk membuktikan bakal pengantin telah benar-benar dewasa dan boleh memikul tanggungjawab masing-masing.
Sehari sebelum upacara persandingan dilakukan, pasangan pengantin dikehendaki melakukan upacara berinai.
Jari kedua-dua pengantin akan dimerahkan dengan daun inai yang ditumbuh lumat. Upacara berinai ini dijalankan hingga ke pagi. Pada masa yang sama tari menari hingga ke pagi akan diadakan.
Selepas Perkahwinan
Biasanya pengantin perempuan akan mendiami rumah pengantin lelaki beberapa hari sebelum pulang ke rumah pengantin perempuan.
Kunjungan dari rumah pengantin lelaki dan perempuan adalah sebagai mendekatkan lagi tali kekeluargaan antara saudara terdekat dan sahabat-handai pasangan tersebut. Ini adalah penting supaya pasangan pengantin akan cepat mesra dengan keluarga kedua-dua belah pihak
Link Download PPT = Slot_2_Orang_Asli.ppt



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih