Ahad, 11 Mei 2014

Wacana jejak tarbiah HAMKA Slot 3 : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil Ibrah & Teladan Tokoh Pembangunan Ummah Buya Hamka

Hamka adalah ibrah kepada perjalanan ummah Nusantara. 

Kepentingan Kajian Tokoh :
1. Konsep: benar-benar wujud bukan lagenda
2. Internalisasi nilai, seperti Notker the Stammerer untuk Charlemagne
3. Pendekatan pendidikan klasik membawa sejarah ke semasa

Aliran dlm kajian tokoh
1. Hegel 
2. Thomas Carlyle ( 1795 - 1881 )
3. Herbert Spencer ( 1820 - 1903 )

Hegel World Historical Figure - tokoh dunia melontar wacana dan lontaran berkenaan menghasilkan antithesis/apposing force. Sintesis terhadap situasi ini menghasilkan solusi kepada cabaran. Contoh : Julius Cesar dan Rom.

Thomas Carlyle - heroic leadership. Permulaan kepada the great man theory. 

Herbert Spencer - tokoh2 sejarah hanyalah trivia. 

Konsep meneladani sirah orang terdahulu
1. Ibrah 
2. Kekuatan
3. Kukuh hati
4. Berfikir 

Hamka hidup dalam suasana kacau bilau. Penentangan penjajah, percambahan pelbagai pemikiran. Pada remajanya beliau hidup dalam krisis. Membawa diri ke tanah jawa merantau. Hamka seorang pada awalnya tidak kelihatan aktivis politik, tidak kelihatan sarjana islam pada awal umurnya. Hanya dikenali sebagai ustaz cinta. berubah mengikut peringkat umur. Membantah operasi ganyang Malaysia dan sebab itu beliau dihumban ke penjara. Pergi ke Maklah pada usia 19 tahun. 

Warna warni Hamka
1. Jiwa anak muda, ghairah dgn ilmu, meneroka peranan berdiri di atas kaki sendiri
2. Mengharmonikan interaksi antara trend salafi dan tasawwuf
3. Beroganisasi, namun mengekalkan kemerdekaan jiwa dan minda ( pemimpin muhammadiyah bersama misyumi )
4. Seimbang antara jalan populis dan akademi
5. Setia dengan kebenaran

Usia muda anak nusantara perlu banyak membaca buku. Meledani hamka yg banyak membaca. 

Nak jadi orang hebat kena bawa diri berhijrah. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih