Selasa, 19 November 2013

Lemah


Dinukil Al-Fadhil Ustaz Rashidy Jamil Al-Rashid hafizahullah akan keadaan umat Islam pada hari ini ketika mengakhiri ulasan mengenai isu kalimah ALLAH yang dipermainkan oleh sesetengah pihak,

"Dan penutupnya, kita sekarang umat Islam lemah, sebab kita bergaduh. Kita rasa kita cerdik, orang lain bodoh. Kita rasa kita sarjana orang lain tidak. Sebenarnya kita sedang ditipu dengan ilmu kita yang sedikit. Kata pengkaji, antaranya ulama menyebut, 100 tahun selepas kegemilangan Islam jatuh, apa yang mampu umat Islam buat pada hari ini hanyalah tiga perkara." 

"100 tahun selepas Islam jatuh kegemilangannya sehingga hari ini, umat Islam hanya mampu membina 3 perkara sahaja, setelah 100 tahun dahulu ulama' telah menghasilkan karya perubatan seperti Ibnu Sina, menghasilkan juga karya-karya yang besar dan lain-lain, Tetapi keadaannya umat Islam 100 tahun selepas itu ialah, mereka hanya mampu menghasilkan 3 perkara, pertama maaf sebut,"

1) SHISHA, sehingga terkenal di Tanah Melayu ini

2) TARIAN-TARIAN TIMUR TENGAH

3) HIDANGAN-HIDANGAN ARAB, sehingga terkenal diseluruh dunia

"Inilah 3 perkara yang hanya mampu dibangga-banggakan selepas zaman kegemilangan orang Islam." 

"Maka kata Dr Tareq Suwaidan, 
'Jangan disalahkan pemuda-pemuda Islam pada hari ini kerana mereka hidup dalam zaman kemunduran Islam. Tetapi, pemuda-pemuda Islam tidak boleh hidup selesa sebab kemunduran yang tidak disalahkan kepada mereka, kerana mereka WAJIB sebagai amanah menaikkan kemajuan bagi Islam seperti ulama'-ulama' terdahulu'."

"Jadi nak buat kerja besar menaikkan martabat Islam, kita kena buang ego, kena buang sombong, kena buang rasa orang lain tak cerdik kita seorang sahaja yang cerdik, kena buang. Buang. InsyaALLAH siapa-siapa yang merendah diri, ALLAH akan memilihnya untuk diberi hadrat dan rahmat-NYA." 

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih