kita masuk kepada bab perkara asas dalam kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. perkara ini perlu dibaca dan difahami dengan sebaiknya agar kita dapat menguasai ilmu fardhu ain berkenaan puasa dengan sehabis mungkin bagi mengelakkan salah faham dan ketidak tahuan mengenai puasa.
PUASA
PUASA
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan
puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam
sebulan bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.
Dalil
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
maksud: Hai orang-orang yang
beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.
Syarat Wajib Puasa:
1)
Islam
2)
Mukalaf
3)
Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan
bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.
Syarat Sah Puasa:
1)
Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan
kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2)
Suci dari haid dan nifas.
3)
Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya
Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).
Rukun Puasa:
1)
Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai
sebelum terbit fajar.
2)
Meninggalkan semua perkara-perkara yang
membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.
Perkara Membatalkan Puasa:
Sekiranya
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga
seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2)
Muntah dengan sengaja.
3)
Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4)
Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa
ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6)
Murtad (keluar dari Islam).
7)
Gila (hilang akal).
Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
1. Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
2. Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar
menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan
diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)
Sunat-sunat Puasa:
1)
Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin
waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman:
Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2)
Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu
berkat, oleh kerana itu jangan kamu
tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati
orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3)
Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada
tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4)
Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang
manis.
5)
Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6)
Memperbanyakkan sedekah.
7)
Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8)
Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9)
Menyediakan makanan untuk berbuka untuk
orang-orang berpuasa.
Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
1)
Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi
wajib di qada’.
2)
Orang sakit, wajib di qada’.
3)
Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi
dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’
dan fidyah.
Bacaan Niat Puasa:
1) Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan
“Sahaja aku
berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.
“Ya Tuhanku,
keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku
berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.
Imam az Zuhri,
Terkenal sebagai yang terawal merekodkan hadith, seorang hufaz yang hebat dan faqeeh yang masyhur, seorang tabi'in yang bermastautin di Madinah.
Abu Znad pernah berkata, "kami pernah bersama az Zuhri dan tawaf dengannya. senantiasa di tangannya lembaran untuk mencatit semua yang didengarinya"
Umar ibn Abdul Aziz menulis kepada para pegawainya, "lazimilah Ibn Syihad (gelaran kepada az Zuhri), kalian tidak akan mendapati sesiapa yang lebih memahami sunnah daripadanya"
Imam az Zuhri ketika Ramadhan, menggiatkan bacaan hadith dan majlis ilmiah, juga lebih kerap membaca dan menghayati al Quran berbanding bulan-bulan yang lain.
#SEMARAKKANRAMADHAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih