JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00
a.m
1.Bangun
berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah
DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah
untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi
dan membersihkan diri.
4.Mengambil
whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,
berwangi-wangian.
4.20
a.m
1.
Solat sunat Taubat
Niatnya
: Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat
pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
Rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas
sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah
menyesali dosa-dosa.
2.
Solat sunat Tahajjud
Niatnya
: Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat
pertama selepas Al-Fatihah baca surah
Al-Kafirun,
Rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas
sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.
Solat sunat Hajat
Niatnya
: Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala
Rakaat
pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah
Rakaat
kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali
Ketika
sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
4.
Solat sunat Witir
Niatnya
: Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala Selepas
salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan
berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta,
merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita,
terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00
a.m
1.Makan
sahur
2.Mengosok
gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30
a.m
Bersiap
menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang
sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar
sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
Elakkan
tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling
berkat untuk memulakan pekerjaan.
- Niat beriktikaf di Masjid -
نَوَيْتُ اْلإِعْتِكَافَ فِىْ هَذَا الْمَسْجِدِ سُنَّةَ لِلَّهِ تَعَالَى.
aku berniat iktikaf dalam masjid ini kerana Allah Ta’ala.
7.00
a.m
1.
Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca
Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang
baik-baik.
2.
Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita
diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW
samada menyebutnya atau di hati.
3.
Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan
penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH
sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA
akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00
a.m
1.
Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah
diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH
Taala.
2.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau
membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun
kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh
dosa-dosa : Mengumpat
mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat
seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut
paut dengan kerja
12.45 p.m
1. Bersiap untuk solat
Zohor.
2. Menunggu waktu
sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3. Laksanakan juga
solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada
ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 p.m
1. Bersedia untuk solat
Asar.
2. Solat Asar berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat
dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH
yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
5.30 p.m
Membeli
barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa
berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai
tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
6.30 p.m
1. Memperbanyakkan
doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab
doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang
mereka dapat hanya lapar dan dahaga",
merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu
Maghrib, bacalah doa berbuka :
DOA 1
ذَهَبَ الظَّمَأُ
وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya : Telah
hilanglah dahaga, telah hilanglah peluh, dan telah tetaplah ganjaran insyaAllah
(sekiranya dikehendaki Allah).
DOA 2
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ
وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya : Ya Allah
kerana Engkau aku telah berpuasa, kepada Engkau aku telah beriman, dan dengan
rezki Engkau aku telah berbuka dengan rahmatMu, wahai sebaik-baik Pemberi
Rahmat.
2. Berbuka puasa dengan
makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
3. Seeloknya setelah
memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat
maghrib berjemaah,
setelah itu barulah makan makanan yang berat.
8.00 p.m
1. Solat Isya' berjemaah
dan diteruskan dengan solat Taraweh
Cuba pertahankan
solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk,
seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang
baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran
paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam
besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan
11.00 p.m
1. Memperbanyakkan
istighfar sebelum tidur.
“Berniatlah untuk
puasa esok hari dengan berniat :
Lafaz setiap malam. Niat
ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa
Ramadhan kerana Allah Taala.
atau
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa
esok kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Yang Lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ
لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa
esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Tidur awal agar dapat
bangun awal untuk beribadah.
2. Bacalah doa tidur
الحَمْد
لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر
Maksudnya
: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan
kepadaNya kami akan kembali.
Moga
Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang cukup bermakna. ><
(
jika tidak dapat melakukan kesemua sekali cukuplah sekadar mengambil sedikit
amalan diatas untuk dijadikan sebagai amalan mulia di bulan Ramadhan )
(
jadual diatas hanyalah cadangan sahaja, bukan mengambil tabiat / amalan
seseorang dan bukan juga amalan biasa yang dilakukan oleh penulis. penulis
hanya picisan daripada hamba2 Allah yang sedang memburu kebaikan dalam bulan
Ramdahan )
p/s: Cuba bayangkan.
- Solat taraweh bersama Imam sehingga selesai, Allah tulis pahala Solat sepanjang malam.
- Solat Isha' berjamaah dapat pahala solat separuh malam.
- Solat Subuh berjamaah dapat pahala solat sepanjang malam.
- Baca al Quran, Alif Lam Mim sahaja sudah dapat 30 ganjaran pahala. ( satu huruf 10 pahala ). Apatah lagi bacaan 1 juzuk.
Jika sebegini besar ganjaran yang Allah berikan. Apa yang menghalang kita untuk beramal di bulan Ramadan ini ?
p/s: Cuba bayangkan.
- Solat taraweh bersama Imam sehingga selesai, Allah tulis pahala Solat sepanjang malam.
- Solat Isha' berjamaah dapat pahala solat separuh malam.
- Solat Subuh berjamaah dapat pahala solat sepanjang malam.
- Baca al Quran, Alif Lam Mim sahaja sudah dapat 30 ganjaran pahala. ( satu huruf 10 pahala ). Apatah lagi bacaan 1 juzuk.
Jika sebegini besar ganjaran yang Allah berikan. Apa yang menghalang kita untuk beramal di bulan Ramadan ini ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih