Isnin, 7 Julai 2014

Kita Semua dan Ramadhan part 3



JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 a.m
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
  “Segala  puji  bagi  ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan  aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah  untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan  diri. 
4.Mengambil  whudu'  dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian. 

4.20 a.m
1. Solat sunat Taubat 
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. 
Rakaat pertama   selepas  Al-Fatihah  baca  surah Al-Kafirun, 
Rakaat kedua selepas  Al-Fatihah  baca  surah  Al-Ikhlas.  
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah  menyesali dosa-dosa.
2. Solat sunat Tahajjud 
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat  kerana ALLAH Taala. 
Rakaat  pertama  selepas  Al-Fatihah  baca  surah  Al-Kafirun, 
Rakaat kedua selepas  Al-Fatihah  baca  surah  Al-Ikhlas.  
Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3. Solat sunat Hajat 
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala   
Rakaat pertama  baca  ayatul Kursi  1  kali Selepas Al-Fatihah  
Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali 
Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
4. Solat sunat Witir 
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala Selepas  salam,  bangun  lagi  dan sembahyang witir 1 rakaat. 
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta,  merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 a.m
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 a.m
Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang  sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
Elakkan  tidur  selepas  Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

- Niat beriktikaf di Masjid - 
نَوَيْتُ اْلإِعْتِكَافَ فِىْ هَذَا الْمَسْجِدِ سُنَّةَ لِلَّهِ تَعَالَى.
aku berniat iktikaf dalam masjid ini kerana Allah Ta’ala.


7.00 a.m
1. Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah  dan  dengan  berniat  dengan  niat yang baik-baik. 
2. Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa  berselawat  kepada  Rasulullah  SAW  samada menyebutnya atau di hati. 
3. Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan  penuh bertanggung jawab. Datangkan   rasa   bahawa   ALLAH   sentiasa memerhati  kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 a.m
1. Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
2. Penuhi  masa  rehat  tengahari  dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.  Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
 Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 p.m

1. Bersiap untuk solat Zohor.
2. Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat  Zohor  berjemaah.   
3. Laksanakan  juga  solat  sunat  Rawatib Bersujud syukurlah  setelah selesai  sembahyang  sunat  dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 p.m

1. Bersedia untuk solat Asar.
2. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3. Bersujud  syukurlah  setelah  selesai  sembahyang  sunat  dan wirid sebagai berterima   kasih  kepada  ALLAH  yang  memberi  kita  nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 p.m

Membeli  barang-barang  keperluan  berbuka dan sahur  tanpa berlebih-lebih. Ingatlah  walaupun  Syaitan  dirantai  tetapi  nafsu masih  ada dalam diri kita!

6.30 p.m

1. Memperbanyakkan  doa  sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah  sabda  Rasulullah  SAW  : "Ramai orang  yang berpuasa, yang mereka dapat  hanya  lapar  dan    dahaga", merintihlah  kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

DOA 1

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Maksudnya : Telah hilanglah dahaga, telah hilanglah peluh, dan telah tetaplah ganjaran insyaAllah (sekiranya dikehendaki Allah).

DOA 2

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya : Ya Allah kerana Engkau aku telah berpuasa, kepada Engkau aku telah beriman, dan dengan rezki Engkau aku telah berbuka dengan rahmatMu, wahai sebaik-baik Pemberi Rahmat.

2. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. 
3. Seeloknya setelah memakan  kurma  dan  meminum air, terus menunaikan solat 
maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 p.m

1. Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
Cuba  pertahankan  solat  taraweh  walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya  amat besar.  Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir,  seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba  khatamkan  membaca  Al-Quran  paling  kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar  mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan 

11.00 p.m

1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
“Berniatlah  untuk puasa esok hari dengan berniat : 

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
atau
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى 
Niatnya: Sahaja aku puasa esok kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Yang Lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Tidur awal agar dapat bangun awal  untuk beribadah.
2. Bacalah doa tidur
الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang cukup bermakna. ><

( jika tidak dapat melakukan kesemua sekali cukuplah sekadar mengambil sedikit amalan diatas untuk dijadikan sebagai amalan mulia di bulan Ramadhan )
( jadual diatas hanyalah cadangan sahaja, bukan mengambil tabiat / amalan seseorang dan bukan juga amalan biasa yang dilakukan oleh penulis. penulis hanya picisan daripada hamba2 Allah yang sedang memburu kebaikan dalam bulan Ramdahan ) 

p/s: Cuba bayangkan.

- Solat taraweh bersama Imam sehingga selesai, Allah tulis pahala Solat sepanjang malam.

- Solat Isha' berjamaah dapat pahala solat separuh malam.

- Solat Subuh berjamaah dapat pahala solat sepanjang malam.

- Baca al Quran, Alif Lam Mim sahaja sudah dapat 30 ganjaran pahala. ( satu huruf 10 pahala ). Apatah lagi bacaan 1 juzuk.

Jika sebegini besar ganjaran yang Allah berikan. Apa yang menghalang kita untuk beramal di bulan Ramadan ini ?














Kita Semua dan Ramadhan part 2

kita masuk kepada bab perkara asas dalam kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. perkara ini perlu dibaca dan difahami dengan sebaiknya agar kita dapat menguasai ilmu fardhu ain berkenaan puasa dengan sehabis mungkin bagi mengelakkan salah faham dan ketidak tahuan mengenai puasa.

PUASA


 Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.

Dalil
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
maksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Syarat Wajib Puasa:

1)                  Islam
2)                  Mukalaf
3)                  Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4)                 Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.


Syarat Sah Puasa:

1)                  Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2)                  Suci dari haid dan nifas.
3)                  Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4)           Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).

Rukun Puasa:

1)                  Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.      
2)                  Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.


Perkara Membatalkan Puasa:

Sekiranya

1)                Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.

2)                  Muntah dengan sengaja.

3)                  Mengeluarkan mani dengan sengaja.

4)                  Haid atau nifas.

5)        Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).

6)                  Murtad (keluar dari Islam).

7)                  Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:




Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1)                  Berdusta, berbohong.
2)                  Mengumpat, mengata orang.
3)                  Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4)                  Marah.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

1. Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

2. Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunat-sunat Puasa:

1)                  Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.


2)                  Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan  kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

3)                  Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.

4)                  Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

5)                  Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

6)                  Memperbanyakkan sedekah.

7)                  Beriktikaf siang hari dalam masjid.

8)                  Menghadiri majlis-majlis ilmu.

9)                  Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:

1)                  Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.
2)                  Orang sakit, wajib di qada’.
3)                  Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.

Bacaan Niat Puasa:

1) Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.


“Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.



Imam az Zuhri,

Terkenal sebagai yang terawal merekodkan hadith, seorang hufaz yang hebat dan faqeeh yang masyhur, seorang tabi'in yang bermastautin di Madinah.

Abu Znad pernah berkata, "kami pernah bersama az Zuhri dan tawaf dengannya. senantiasa di tangannya lembaran untuk mencatit semua yang didengarinya"

Umar ibn Abdul Aziz menulis kepada para pegawainya, "lazimilah Ibn Syihad (gelaran kepada az Zuhri), kalian tidak akan mendapati sesiapa yang lebih memahami sunnah daripadanya"

Imam az Zuhri ketika Ramadhan, menggiatkan bacaan hadith dan majlis ilmiah, juga lebih kerap membaca dan menghayati al Quran berbanding bulan-bulan yang lain.

#SEMARAKKANRAMADHAN










Khamis, 3 Julai 2014

Hadtih sumber hukum Islam yang ke-dua

Pesanan Rasullullah s.a.w.
تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
Hadis riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas
عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Dari salmah katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka menepati tempat duduknya di neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim
PENGENALAN
Di dalam agama Islam , sumber rujukan tertinggi adalah Al Quran Al Karim. Sumber Kedua ialah Hadis-hadis Nabi s.a.w.
HADIS
* Pengertian bahasa
  • baharu atau khabar atau berita
* Pengertian umum
  • Perkataan, perbuatan pengakuan dan sifat-sifat Rasulullah SAW.
* Pengertian Istilah
  • Setiap ucapan ('kaul),
  • perbuatan ((Fi'li),
  • pengakuan (ta'krir)
  • dan sifat-sifat + yang disandarkan kepada Rasulullah SAW
Hadis sebagai sumber hukum
* Hadis adalah sumber hukum kedua selepas Al Quran

Perbezaan Al Quran dengan hadis
Al Quran
Hadis Nabawi
Hadis Qudsi
  • Lafaz dan makna daripada Allah Taala
  • Wahyu disampaikan melalui malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW
  • Sumber hukum pertama
  • Disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Tidak boleh membaca ketika berhadas besar
  • Ayat Al Quran dibaca dalam solat
  • Lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW
  • Perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasulullah SAW
  • Sumber hukum kedua
  • Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Boleh membaca ketika berhadas besar
  • Tidak boleh dibaca dalam solat
  • Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya daripada Allah Taala
  • Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh Rasulullah SAW
  • Sumber hukum kedua
  • Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Boleh membaca ketika berhadas besar
  • Tidak boleh dibaca dalam solat

Perawi hadis

  • Pengertian
  • Seorang yang menerima dan menyampaikan hadith daripada Rasulullah SAW
Syarat-syarat perawi hadis
  • Islam
  • Ber'akal
  • Baligh
  • 'Adil
  • Kuat hafazan
  • Menjaga Tulisan
  • Waspada
الطرف
صحيح Hadith Sahih
Taraf hadith sahih adalah kuat dan wajib beramal dengannya
Hadit sahih adalah hadith yang tiada keraguan dari segi sanad dan perawinya. Hadith sahih adalah menjadi sumber hukum dan panduan dalam ibadah fardhu.
Hadis daif adalah hadith lemah tidak boleh menjadi sumber hukum tetapi sering menjadi panduan untuk menambahkan amalan-amalan sunat
Contoh Hadis Hassan dan Lemah
Bab isytihar penikahan
عَنْ عَائِشَةَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
قَالَ اَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِى الْمَسَاجِدِ
وَاضْرِبُوا عَلَيهِ الدُّفُوفَ
Dari Aisyah r.a bahawa nabi s.a.w. bersabda :
Syiarkan nikah ini dan adakanlah dimasjid-masjid
dan pukullah untuknya rebana-rebana"
Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi. Hadis Hassan
قَالَ النَّبِى (ص) ثَلاثَ لا يُؤخَّرْنَ وَهُنَّ الصَلاةُ
اِذَا اَتَتْ وَالْجَنَازَةُ اِذَا حَضَرَتْ وَالاُيِّمُ اِذَا وَجَدَتْ كُفْؤًا
Sabda Nabi s.a.w.
"Tiga perkara tidak boleh dilambatkan iaitu
solat apabila tiba waktunya. Jenazah bila telah siap
dan perempuan bila telah ditemukan pasangan yang sekufu
Hadis riwayat Baihaqi
- Hadis ini memiliki sanad yang lemah –
BAGAIMANA DISAMPAIKAN
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صحابى
تابعى
تبع التابعى
الراوى
البخارى أو مسلم

Jumlah Hadith
Tidak diketahui sebenarnya. Golongan sunnah mengambil hadith-hadith daripada imam-imam seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majjah. Golongan Syiah pula cenderung mengambil hadith-hadith daripada Saidina Ali.
Nilai kitab hadis

Kitab-kitab hadis yang terkumpul daripada kegiatan ulama-ulama berabad-abad lamanya terciptalah ratusan ataupun ribuan kitab hadis. Namun yang sampai kepada kita adalah sedikit sahaja. Hasil penyelidikan ulama dan ahli hadis mereka sepakat mengakui Kitab hadis Bukhari dan Muslim adalah lebih kuat, sudah pasti sahih dan tidal dapat dibantah lagi.
Barang siapa yang meremehkan hadis-hadis yang terkandung dalam kedua-dua kitab itu dianggap bid'ah atau menyeleweng.



Imam Al Bukhari
Nama beliau ialah Muhammad , anaknya bernama Abdullah. Oleh itu ia digelar Abu Abdullah. Ayah beliau Ismail yang digelar Abul Hasan. Tempat kelahiran beliau ialah disebuah desa Bukhara yang dahulunya ditakluki oleh Soviet. Sejak kecil beliau hafal Quran dan suka mendengar hadith. Belum sampai umur baligh beliau dapat menghafal dengan lancar puluhan ribu hadith. Setelah beliau matang dan memiliki ilmu dan kemampuan yang diperlukan ,beliau mula menyaringkan hadith. Beliau kemudian mengumpulkan hadith yang telah disaringkan dalam sebuah kitab yang dinamakan "Al Jaami'ush Shahih" yang membuatkan 600,000 hadith Beliau meninggal dunia di Madinah pada 1138 dan dikebumikan di Baqi.
Imam Bukhari pernah berkata : "Kutulis kitab ini dari 1080 orang dan diantara mereka itu sama sekali tiada seorangpun, melainkan ia adalah ahli hadis dan semuanya mengatakan bahawa iman itu adalah kata dan perbuatan, dapat bertambah dan dapat pula berkurang. Kalau aku hendak meletakkan atau menulis sebuah hadith sahaja dalam kitab 'Sahih', maka sebelum aku memegang pena aku mandi dulu , kemudian bersembahyang dua rakaat".
Imam Ahmad Ibn Hanbal
Nama lengkap beliau adalah Ahmad bin Muhammad bin Hambal bin Hilal bin Asad Al Marwazi Al Baghdadi/ Ahmad bin Muhammad bin Hanbal . Ia lahir di Marw (saat ini bernama Mary di Turkmenistan, utara Afganistan dan utara Iran) di kota Baghdad, Iraq. Ilmu yang pertama kali dikuasai adalah Al Qur'an hingga ia hafal pada usia 15 tahun, ia juga mahir baca-tulis dengan sempurna hingga dikenal sebagai orang yang terindah tulisannya. Lalu, ia mulai menumpukan belajar ilmu hadith di awal umur 15 tahun itu pula. Ia telah mempelajari Hadith sejak kecil dan untuk mempelajari Hadith ini. Ia pernah pindah atau merantau ke Syam (Syiria), Hijaz, Yaman dan negara-negara lainnya sehingga ia akhirnya menjadi tokoh ulama yang bertakwa, saleh, dan zuhud. Abu Zur'ah mengatakan bahwa kitabnya yang sebanyak 12 buah sudah dihafalnya di luar kepala. Ia menghafal sampai sejuta hadits. Imam Syafi'i mengatakan tetang diri Imam Ahmad sebagai berikut:

"Setelah saya keluar dari Baghdad, tidak ada orang yang saya tinggalkan di sana yang lebih terpuji, lebih shaleh dan yang lebih berilmu daripada Ahmad bin Hambal"

Abdur Rozzaq Bin Hammam yang juga salah seorang guru beliau pernah berkata,

"Saya tidak pernah melihat orang se-faqih dan se-wara' Ahmad Bin Hanbal"

Imam Ahmad bin Hanbal hafal 1 juta hadits dgn sanad dan hukum matannya, namun Imam Ahmad hanya sempat menulis sekitar 20 ribu hadits saja pada musnadnya, maka kira kira 980.000 hadits yg ada padanya tak sempat tertuliskan, dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah murid dari Imam Syafii