Etnik Orang Asli
original
people natural people
aboriginal people
Kelahiran
Terdapat sedikit persamaan dengan adat resam masyarakat Melayu
Sewaktu
Mengandung
:
wanita yang
mengandung akan menempah seorang bidan yang
akan membantu wanita berkenaan ketika bersalin
Ketika kandungan berusia tujuh bulan , bidan yang
dipilih itu perlu melakukan upacara melenggang perut.
Upacara itu akan dijalankan oleh mak bidan yang
akan menjampi wanita yang
mengandung itu bertujuan untuk mengusir sebarang semangat jahat dan gangguan lain
bagi menjamin keselamatan ibu serta bayi.
Adat ini juga penting untuk menentukan kandungan berada di kedudukan yang
betul agar
memudahkan proses bersalin kelak.
Adat ini juga akan disertai dengan sedikit jamuan makan.
Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan.
Mereka dilarang memakan ikan yang
bewarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.
Wanita mengandung juga dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang
lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu.
Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati
Semasa
Bersalin
:
Semasa bayi dilahirkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan serpih buluh yang
tajam dan dimandikan dengan air suam.
Uri bayi ditanam berdekatan rumahnya.
Uri dicuci, digaul dengan serbuk kunyit, garam, lada putih, lengkuas, kemenyan dan arang sebelum ditanam ke dalam lubang setinggi satu
kaki.
Selama tujuh hari lampu akan dipasang di tempat uri tersebut ditanam.
Mereka menganggap uri tersebut sebagai abang atau kakak kepada bayi itu dan justeru ia hendaklah ditanam dengan sempurna.
Selepas
Lahir
:
–Memberi
Nama
Bayi akan diberi nama dengan kebenaran dari ibu bapanya selepas selamat dilahirkan.
Bayi akan diberi nama dengan kebenaran dari ibu bapanya selepas selamat dilahirkan.
–Nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuh-tumbuhan, ikan atau tempat yang
dekat dengan bayi ketika lahir atau juga menurut nama peristiwa yang
berlaku ketika bayi dilahirkan.
–Jika nama yang
diberi tidak sesuai , bayi akan jatuh sakit.
–Ibu bapa tadi akan 'menjualkan' bayinya kepada orang
lain, iaitu ibu bapa barunya. Dipercayai penyakit bayi adalah disebabkan ketidaksesuaian antara bayi dan ibunya.
Kematian
•Bagi suku Negrito dan Senoi, kematian yang
dilakukan berlainan mengikut suku kaum sendiri.
•Masyarakat orang asli akan membersihkan si mati terlebih dahulu. Kemudian si mati akan diletakkan di tengah-tengah rumah untuk dilihat oleh ahli saudara-mara.
•Sekiranya semasa hidupnya si mati menghisap rokok, bibir si mati akan dikepilkan dengan rokok sebagai tanda menghormati si mati.
•Kemudian ahli keluarga yang
paling rapat akan menangis, tetapi tangisan tersebut haruslah perlahan supaya tidak mengganggu si mati.
•Pada masa yang
sama ahli keluarga membaca beberapa mantera untuk dijadikan bekalan si mati. Ahli-ahli keluarga dilarang mengungkit keburukan si mati semasa hidup.
•Ada juga di kalangan mereka yang
mengenakan si mati dengan pakaian yang
cantik terutama pakaian ketika perkahwinan.
Bahkan ada pula
yang mengenakan pakaian biasa kepada si mati. Pemakaian baju yang
menarik adalah sebagai penghormatan terakhir kepada si mati.
Pengebumian
Kebanyakan mayat akan dikebumikan di kawasan yang
khas. Bagi kebanyakan suku kaum yang
mengamalkan kehidupan secara berpindah-randah, mayat mereka akan dikebumikan di kawasan petempatan mereka.
Oleh itu mereka akan berpindah ke kawasan lain
kerana dipercayai si mati akan menjadi hantu dan akan mengacau ahli keluarga yang
lain.
Suatu ketika dahulu suku Negrito mengebumikan mayat di kawasan tertentu seperti di bawah pokok besar, gua, batu besar atau diletakkan sebelah busut. Namun amalan tersebut semakin berkurangan.
Perkahwinan
•Kebanyakan masyarakat
Orang Asli berkahwin ketika usia masih muda. Bagi kaum lelaki, usia 18 tahun merupakan usia yang
paling sesuai untuk mendirikan rumahtangga.
•Kaum perempuan pula
ketika berusia 16 tahun dan hendaklah tidak lebih daripada usia kaum lelaki.
•Perkahwinan dilakukan oleh ibu bapa bakal pengantin, bermula daripada upacara merisik sehinggalah seseorang telah menjadi pasangan suami isteri secara sah. Oleh itu jodoh ditentukan oleh ibu bapa.
Ada
juga di kalangan masyarakat Orang Asli yang
telah bertunang sejak kecil lagi.
Kebiasaannya pengantin lelaki dan perempuan mempunyai hubungan saudara seperti sepupu atau dua pupu atau mempunyai suku kaum yang
sama.
Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya bakal pengantin lelaki berkahwin dengan perempuan daripada suku
lain. Namun apa yang
pasti bakal pengantin perempuan perlu mengikut suami, dengan kata lain
bakal isteri perlu memasuki suku kaum suami.
Meminang
•Pada masa yang
ditetapkan upacara meminang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak yang
diwakili oleh Tok Batin/ Jenang/Penghuhu/Jungkerah dan Penggawa sekiranya berlainan suku kaum.
•Mereka mengadakan perbincangan di sebuah rumah besar atau kini balai raya. Apabila selesai upacara meminang satu tarikh untuk hari melangsungkan perkahwinan ditetapkan iaitu kira-kira tujuh bulan, lapan bulan atau setahun dari upacara meminang.
Upacara
Perkahwinan
•Upacara ini dimulakan dengan mengasah gigi kedua-dua mempelai yang
bertujuan membuang sial.
•Ini adalah penting supaya segala masalah yang
dihadapi oheh bakal pengantin ketika bujang tidak dibawa selepas berkahwin.
•Ada
juga yang
menyatakan asah gigi ini adalah untuk membuktikan bakal pengantin telah benar-benar dewasa dan boleh memikul tanggungjawab masing-masing.
•Sehari sebelum upacara persandingan dilakukan, pasangan pengantin dikehendaki melakukan upacara berinai.
•Jari kedua-dua pengantin akan dimerahkan dengan daun inai yang
ditumbuh lumat. Upacara berinai ini dijalankan hingga ke pagi. Pada masa yang
sama tari menari hingga ke pagi akan diadakan.
Selepas
Perkahwinan
•Biasanya pengantin perempuan akan mendiami rumah pengantin lelaki beberapa hari sebelum pulang ke rumah pengantin perempuan.
•Kunjungan dari rumah pengantin lelaki dan perempuan adalah sebagai mendekatkan lagi tali kekeluargaan antara saudara terdekat dan sahabat-handai pasangan tersebut. Ini adalah penting supaya pasangan pengantin akan cepat mesra dengan keluarga kedua-dua belah pihak.
Link Download PPT = Slot_2_Orang_Asli.ppt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih