Etnik
Orang Asli
original people natural people
aboriginal people
original people natural people
aboriginal people
•Orang
asli di Malaysia bukanlah etnik minoriti yang bersifat homogen akan tetapi mereka adalah etnik yang bersifat heterogen.
•Orang
Asli juga dikenali dengan nama lain seperti Orang Darat,Orang Bukit,Orang Hutan
Latar belakang komuniti orang asli yang pelbagai kerana mempunyai 3 suku kaum dan 18 suku bangsa.
NEGRITO
Kaum Negrito terbahagi kepada 6 suku, iaitu Kensiu, Kintak,
Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq.
Kensiu
Orang Kensiu tinggal di kawasan pinggir di daerah Baling,
Kedah. Satu ketika dahulu Orang Kensiu suka berpindah randah mencari tempat
yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi
penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kensiu sudah ada kampung
halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan
masyarakat umum. Hanya terdapat sebuah perkampungan Orang Kensiu di daerah Baling,
negeri Kedah iaitu Kampong Lubuk Legong.
Pada masa ini kampung Lubuk Legong telah di lengkapi dengan
kemudahan bekalan api letrik, bekalan air dan lain-lain prasarana seperti
Balairaya dan Pusat Bimbingan Kanak-kanak. Punca pendapat utama adalah hasil
tanaman Getah yang di bangunkan oleh RISDA dengan kerjasama Jabatan Kemajuan
Orang Asli. Sehingga kini terdapat 39 keluarga seramai 204 orang.
Kintak
Orang Kintak tinggal di kawasan pinggir di daerah Gerik,
Hulu Perak. Satu ketika dahulu Orang Kintak suka berpindah randah mencari
tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi
penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kintak sudah ada kampung
halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat
umum. Terdapat sebuah perkampungan Orang Kintak terdiri dari 25 keluarga yang
berjumlah 112 orang
Lanoh
Orang Lanoh tinggal di kawasan pedalaman daerah Hulu Perak
negeri Perak. Satu ketika dahulu Orang Lanoh suka berpindah randah mencari
tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi
penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada
kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding
dengan masyarakat umum. Kini terdapat 3 buah perkampungan yang berjumlah 359
orang.
Jahai
Suku bangsa Jahai merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito
iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay
(Melayu Asli). Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu
Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan pula, mereka
bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan.
Pada amnya rupa paras orang Jahai seakan-akan Orang Habsyi
atau Negro di Afrika, Kaum Andaman dan Aeta di Filipina.
Kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik.
Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan
daun bertam dan tepus. Suku bangsa Jahai suka membuat rumah yang ringkas kerana
mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Mereka berpindah dari satu
tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan
kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk.
Kini, amalan berpindah-randah semakin kurang diamalkan
kereana mereka telah menerima bantuan daripada agensi kerajaan.
Mendriq
Orang Mendriq tinggal di kawasan pedalaman Kelantan. Satu
ketika dahulu Orang Mendriq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai
untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk
memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Mendriq sudah ada kampung halaman
mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat
umum. Sebuah perkampungan Orang Mendriq di daerah Gua Musang terdiri 14
keluarga yang berjumlah 82 orang.
Bateq
Orang Bateq tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang,
kawasan barat Terengganu dan selatan Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq
suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan
makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada
rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara
kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di
daerah Lipis, 2 buah kampung di daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga
seramai 550 orang. Negeri Kelantan terdapat 4 buah kampung di Pos Lebir yang
penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeri Terengganu terdapat 12
keluarga seramai 41 orang.
SENOI
Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman
Negeri Perak, Kelantan dan Pahang. Terdapat 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa
Senoi iaitu Che Wong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri, Semai dan Temiar
Temiar
Pemilihan penempatan Suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat
ditentukan oleh Penghulu. Ini dilakukan dengan cara Berhalaq (jampi) atau
mimpi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada
adanya kayu keras seperti merbau dan sebagainya. Mereka juga tidak membuat
penempatan di kawasan berpaya (takungan air) kerana ditakuti berpenunggu.
Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana
ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu. Mereka membina rumah
daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong- royong. Di
peringkat awal petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama
tinggal di rumah panjang terebut, barulah mereka berpindah dengan keluarga
masing-masing dan membina rumah sendiri. Mereka menyara keluarga dengan
bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan.
Semai
Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran
Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada
tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000
orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka hidup
bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat di antara 60 hingga 300
penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang dilantik dari
golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.
Semoq Beri
Orang Semoq Beri tinggal di kawasan pinggir Pahang dan
Terengganu. Satu ketika dahulu Orang Semoq Beri berpindah randah mencari tempat
yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi
penumpuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat, kini Orang Semoq Beri sudah mula
mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
Di negeri Pahang terdapat terdapat 5 buah kampung di
Jerantut yang berjumlah 95 keluarga seramai 735 orang. Daerah Maran berjumlah 5
buah kampung terdiri 197 keluarga seramai 935 orang dan daerah Kuantan terdapat
2 buah kampung berjumlah 67 kelamin seramai 366 orang. Di negeri Terengganu
terdapat terdapat 1 buah kampung di Hulu Terengganu yang berjumlah 42 keluarga
seramai 185 orang. Daerah Kemaman berjumlah 2 buah kampung terdiri 69 keluarga
seramai 284 orang.
Jahut
Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut
di Negeri Pahang. Di daerah Temerloh mereka tinggal di kawasan-kawasan yang
dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala Krau - Penderas, Mendoi,
Seboi, Pasu, Piau dan Galong. Di daerah Jerantut mereka tinggal di Sungai Kiol
dan Kekwel (Kol). Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk
dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan
menanam padi huma, jagung dan ubi.
Mah Meri
Mah Meri bermakna \"Orang Hutan\" sementara dalam
istilah bahawa Mah Meri disebut \"bersisik\". Mereka juga dikenali
sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja
sebagai nelayan. Tidak ada bukti sejarah yang tepat ditentang asal-usul mereka,
walau bagaimanapun mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan
Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh. Kini masyarakat Mah
Meri telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil dari
percampuran dengan masyarakat lain.
Che Wong
Orang Che Wong tinggal kawasan pinggir di daerah Raub dan
Temerloh, Pahang. Satu ketika dahulu Orang Che Wong suka berpindah randah
mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan
memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Che Wong
sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar
setanding dengan masyarakat umum. Daerah Raub terdapat 4 buah perkampungan dan
daerah Jerantut 1 buah perkampungan Orang Che Wong yang berjumlah
keseluruhannya 68 keluarga seramai 417 orang.
MELAYU PROTO
Orang Proto-Malay tinggal berjiran dengan Orang Melayu di
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka
boleh dikatakan ada persamaan tertentu dengan orang melayu. Kebanyakkan
perkampongan mereka kini terletak di dalam
Kuala
Orang Kuala di percayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga
dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Mereka ini
kebanyakannya tinggal menetap di kuala-kuala sungai di pesisiran pantai selatan
negeri Johor. Kini Orang Kuala tinggal menetap di daerah Batu Pahat dan di
daerah Pontian. Terdapat 315 keluarga Orang Kuala di daerah Batu Pahat dari 5
buah kampung yang berjumlah 1309 orang dan 4 buah kampung yang berjumlah 214
keluarga yang berjumlah seramai 1018 orang di daerah Pontian.
Kanaq
Orang Kanaq terdapat di kawasan pinggir di kampung Selangi,
Mawai daerah Kota Tinggi Johor merupakan suku kaum yang terkecil bilangannya
iaitu 17 keluarga seramai 65 orang. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk
memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Kanaq tinggal menetap di kampung
Selangi.
Seletar
Orang Seletar atau "Sea Gypsies" merupakan
kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam perahu, di
pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai. Kawasan utama petempatan mereka
ialah di persisiran pantai Selatan Johor dan utara Singapura.
Secara tradisinya, mereka bergantung kepada hasil laut.
Keadaan ini menyebabkan mereka hidup berpindah-randah. Walau bagaimanapun
perubahan dalam sosio-ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Kini mereka
tinggal menetap di kawasan petempatan yang lebih teratur dan tersusun di
Persisiran Pantai Selat Johor. Mereka juga menangkap ikan menggunakan peralatan
moden. Ada di antara mereka yang bekerja di kilang perindustrian.Mereka
mengamalkan animisme dan ada di antara mereka yang telah menganut Agama Islam.
Jakun
Bangsa Jakun (Orang Ulu), daripada suku kaum Melayu Asli
(Melayu Proto) yang tinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan
Cina). Mereka masih mengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh
alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya.
Mereka percaya kampung mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara
mereka yang melanggar pantang larang.
Semelai
Semelai adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku
bangsa Melayu Asli (Proto Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai
terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya
Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan
seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal
Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu.
Temuan
Orang Asli Temuan adalah dari kumpulan Melayu Asli (Proto
Malay). Mereka tinggal di Selangor, Melaka, Pahang, Daerah Muar, Johor dan
Negeri Sembilan. Suku Bangsa Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih
dan tidak banyak bezanya daripada adat Suku Bangsa Temuan di negeri lain.
Link Download PPT = Slot_1_akidin.ppt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih