Khamis, 19 Jun 2014

Zikir selepas Solat


Pengertian dari segi bahasa:
Zikr ialah melepaskan diri daripada lalai dan lupa dengan menghadirkan hati atau sedar secara berterusan. Sifat .lupa. 
(Arab : Nisian) merupakan kata dasar bahasa insan (manusia). 
Pengertian dari segi istilah:
Zikr menyebut nama sesuatu dengan hati dan lisan,baik menyebut nama Allah atau sifatNya atau
hukumNya atau perbuatanNya atau menyebut nama para rasulNya, para nabiNya atau berbuat amal
kebajikan seperti membaca Al-Quran, bertasbih, memberi nasihat dan sebagainya. Zikr juga
membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah yang mulia. 

Firman Allah s.w.t. Berkenaan Zikir:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya; (al-Ahzaab (33): 41)


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
 الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda
tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu)
orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa
mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia,
Mahasuci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Ali Imran (3): 190-191)




ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (ar-Ra’d (13): 28)


•Sebahagian Hadis Nabi s.a.w. Berkenaan Amalan Zikir:

Maksudnya:
•"Bandingan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dan orang-orang yang tidak berzikir mengingati Tuhannya seperti orang yang hidup dengan orang yang mati." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Hadis No.: 6407)
Maksud Hadis Qudsi:
• "Sesiapa yang berzikir mengingati diri-KU dalam dirinya, AKU akan mengingatinya dalam diri-KU. Sesiapa yang berzikir mengingati-KU dalam kelompok ramai manusia, AKU mengingatinya dalam kelompok makhluk yang lebih baik daripada mereka." (Sahih Bukhari, Hadis No.: 7405, Sahih Muslim, Hadis No.: 2675)

UNGKAPAN PARA SOLIHIN DAN ULAMA TERHADAP AMALAN BERZIKIR

         Abu al-Hasan al-Basri berkata, “Hamba yang paling di disukai Allah ialah, hamba yang paling banyak berzikir dan hamba yang paling taqwa hatinya.
         Al-Samarqandi berkata, “Ketahuilah bahawa zikrullah itu adalah antara ibadat yang paling afdal. Hal ini kerana Allah menjadi setiap ibadat itu ada kadar-kadarnya dan menentukan masa yang tertentu untuknya. Sebaliknya Allah tidak menghadkan zikrullah itu kadar yang tertentu dan masa yang tertentu, bahkan Allah memerintahkan supaya diperbanyakan tanpa kadar yang tertentu.

MANFAAT BERZIKIR
•Berzikir mendatangkan rasa senang di dalam hati seseorang hamba Allah
•Berzikir meningkatkan takarub kepada Allah
•Berzikir memberi makan kepada hati dan roh
•Berzikir membangunkan hati daripada lalai
•Berzikir menyebabkan turunnya ketenangan dan rahmat
•Zikir membawa kepada pensucian diri dan qalb, mendekatkan diri kepada Allah,
membentuk semangat persaudaraan Islam, membersihkan dosa, mengikis sifat cela dan
membina sifat terpuji.



ZIKIR-ZIKIR SELEPAS SOLAT:

Hadis Satu:

Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. apabila selesai bersolat, baginda beristighfar tiga kali, kemudian menyebut:

(Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah yang memiliki Kesejahteraan, dan daripada-Mu asalnya kesejahteraan itu, segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."

al-Walid kemudiannya bertanya kepada al-Auzai, bagaimana cara beristighfar yang dimaksudkan? al-Auzai menjawab:


(dengan mengucapkan): Astaghfirullah (3 kali) - (Maksudnya: aku mohon ampun kepada Allah). (Sahih Muslim, Hadis No.: 591, Hadis Riwayat Ahmad, Hadis No.: 26021 )

Hadis Dua:

Abdullah ibnu al-Zubair r.a. berzikir sesudah selesai solat (dan beliau berkata, hal ini dilakukan juga oleh Rasulullah s.a.w.):
(Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Tunggal tiada sekutu bagin-NYA, bagi-NYA lah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Tiada daya mahupun tenaga kecuali dengan Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah, dan tiada yang berhak disembah melainkan Allah. tuhan empunya kurnia, empunya keutamaan serta puji yang sebaik-baiknya. Tiada Tuhan melainkan Allah, kami bulatkan pengabdian kepada-NYA semata-mata walaupun tidak disukai oleh orang-orang kafir). (Sahih Muslim, Hadis No.: 594)
                                           
Hadis Tiga:

Mughirah bin Syu'bah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. setiap kali selesai solat berzikir:
(Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Tunggal tiada sekutu bagi-NYA, bagi-NYA lah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Ya Allah, tiadalah yang dapat menahan apa-apa yang Engkau berikan, tiadalah pula yang dapat memberikan apa-apa yang Engkau tahan, dan tiadalah bermanfaat kepada orang yang mempunyai kebesaran-kebsarannya itu). (Sahih Bukhari, Hadis no.: 7292)

Hadis Empat:

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut sepuluh kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:
(Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan allah yang tunggal tiada sekutu bagi-NYA, bagi-NYA lah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-NYA kebaikan, Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu).



Maka dicatatlah ganjaran untuk setiap kali bacaan sepuluh pahala, dihapuskan sepuluh buah dosa, dinaikkan darjatnya sepuluh tingkat dan di samping itu menjadi pelindung bagi segala bahaya, dan penolak syaitan terkutuk, dan tak satu dosa pun yang akan dapat mencelakakannya kecuali jika syirik. Maka dia adalah orang yang terbaik amalannya, tidak ada yang melebihinya kecuali orang yang lebih utama iaitu yang mengucapkan yang lebih baik pula." (Hadis Hasan: Musnad ahmad, Hadis No.: 17990, jld. 4, hal. 227)



Hadis Lima:

Muslim bin al-Harits al-Tamimi r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. mengajarnya untuk membaca zikir berikut tujuh kali sesudah solat Subuh, sebelum berbicara dengan sesiapa:
(Maksudnya: Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka), dan tujuh kali sesudah solat maghrib:
(Maksudnya: Ya Allah, aku memohon dimasukkan ke syurga, Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka.)

Sesiapa yang membaca zikir ini kemudian secara kebetulan meninggal dunia pada hari tersebut, nescaya Allah akan melindunginya daripada api neraka. (Musnad Ahmad, Hadis No.: 18054, jld.4, hal. 234)


Hadis Enam:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa membaca ayat al-Kursi (ayat 255, Surah al-Baqarah) setiap kali selesai solat, maka tidak ada yang akan menghalanginya masuk syurga kecuali maut." (Hadis Sahih Riwayat an-Nasai'e, Sunan al-Kubra, Hadis No.: 9928, disahihkan oleh al-Suyuthi di dalam al-Jami' al-Shagheir, Hadis No.: 8926)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah (2): 255)


Hadis Tujuh:

Dari 'Uqbah bin 'Amir, dia berkata: "Saya diperintah oleh Rasulullah s.a.w. agar membaca surah-surah al-Mu'awwidzat* setiap kali selesai solat. (Hadis sahih, Musnad ahmad, Hadis No.: 17417, jld. 4, hal. 155, dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arna'uth)

* Surah al-Mu'awwidzat adalah surah al-Ikhlas (112), surah al-Falaq (113), dan surah al-Nas (114).



p/s:
“Adalah dipercayai dalam konteks Tanah Melayu, wirid-wirid yang diamalkan selepas
sembahyang lima waktu telah dibawa oleh golongan ahli tasawwuf secara umumnya,
namun susunan yang ada kemungkinan berbeza antara satu sama lain. Banyak kitab
kitab agama yang ditulis oleh ‘ulama’-ulama’ Melayu dalam tulisan Jawi mengandungi
wirid-wirid selepas sembahyang lima waktu, termasuklah kitab عمدة المحتاجين إلى
سلوك مسلك المفردين  karangan al-Shaykh ‘Abd al-Rauf Singkel dan kitab المفردين
تنبيهالمشي المنسوب إلى طريق القشاشي  juga karangan al- Shaykh ‘Abd al-Rauf
Singkel. Dalam kedua-dua kitab ini al-Shaykh ‘Abd al-Rauf Singkel telah menuliskan
wirid-wirid selepas sembahyang yang diambil daripada gurunya al-Shaykh Ahmad
al-Qushashi yang kemudian dikenali sebagai al-Awrad al-Madaniyyah atau al-Awrad
al-Qushashiyyah.”

Antara amalan yang disusun dan diamalkan beratus-ratus tahun di Nusantara ialah wirid
selepas sembahyang yang juga dikenali sebagai al-Awrad al-Qushshashi. Ianya disusun
oleh Sheikh Muhammad bin Yusuf bin Ahmad bin Ali al-Badri al-Dajani al-Qushshashi.

-- Nota ini disediakan oleh patik semasa semester 3. Sewaktu belajar Fiqh Ibadat
bersama Ustaz Wan Yusuf Bin Wan Sulong.




Mencintai Mengasihi Merindui Ibu Bapa Kita semua

Andai dapat ku kembalikan nostalgia yang lama 
Pasti aku berada dalam dakapmu 
Sembilan bulan ku berada dalam kandunganmu Tabahnya hatimu wahai ibuku 
Dari setitis benih yang hina Ditakdir menjadi manusia 
Dibelai, dipupuk serta dijaga Tabahnya hatimu wahai ayahanda 
Mengapa kini kita mengabaikannya Di saat kita diperlukan 
Berhelah dusta berkala 
Wahai ayah bonda Ampuni dosa anakanda 
Pimpinlah diriku ini Di jalan yang diredhai aman harmoni 
When I close my eyes Thinking about your sacrifices Stay by my side Close to my heart 
Usahlah kita menderhaka Pada kedua-duanya 
Prihatin akan mereka Taati suruhannya 
Ya Allah Ampuni dosa ayahanda Ampuni dosa ibunda 
Turunkan redha Mu 
Ya Allah Pelihara mereka berdua Selamatkan dari neraka 
Tujukanlah mereka ke syurga firdaus Mu 
Ayah bonda wajib dihormati Sayang cintakan sepenuh hati 
Pada mereka menabur bakti Agar hidup terus diberkati 
Kau menitiskan air mata Kejamnya kami padamu 
Besarnya pengorbanan dirimu 
Ibuku maafkan daku Ayahku maafkan daku.

Lirik Lagu daripada SMKA KUALA SELANGOR 
-  link lagu tersebut -
Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak ibu bapa, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan. Rasulullah SAW bersabda: 
Maksudnya : " Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras. " 

Apa yang nyata, berbakti kepada kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka adalah di antara tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam surah Lukman ayat 14: 
Maksudnya : " Dan Kami wajibkan  manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu ". 


وَقَضَىٰ رَ‌بُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ‌ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْ‌هُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِ‌يمًا ﴿٢٣﴾

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)” (Surah al-Israa’: 23)





Rabu, 18 Jun 2014

Mari Mengaji Al-Quran




1. Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan Radhiyallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,
        خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ 
            “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

2. Dalam hadis riwayat Al-Bukhari dari Utsman bin Affan, tetapi dalam matan yang agak berbeza, disebutkan bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,
        إِنَّ أَفْضَلَكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
            “Sesungguhnya orang yang paling utama di antara kalian adalah yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”


3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,

        الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ .(متفق عليه)
            “Orang yang pandai membaca Al-Qur`an, dia bersama para malaikat yang mulia dan patuh. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur`an dengan merangkak-rangka dan berat melafazkannya, maka dia mendapat dua pahala.” (Muttafaq ‘Alaih)

4.  Dan dalam Al-Qur`an disebutkan perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk membaca Al-Qur`an dengan tartil,

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا . (المزمل : 4)
            “Dan bacalah Al-Qur`an dengan setartil-tartilnya.” (Al-Muzzammil: 4)


1 huruf=10 pahala
‘Sesiapa yg membaca 1 huruf dari kitab Allah (al-Quran) baginya dgn al-Quran pahala dan pahala digandakan 10 sptnya
Aku tak kata alif  laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf’